Friday, November 11, 2011

Alhamdulillah .. Rezeki

Pada 2/3 April (tk berapa ingat lak), berlaku kejadian kecurian sebuah kereta milik artis sebuah band iaitu Zimi atau nama sebenarnya Zarimi Zahari .. Band yang dianggotainya adalah SOFAZR .. Teman nk cterkan ceriter sebenar pun teman tak tahu .. Cuma teman simpati dgn nasib bro kiter nih .. Gitar yg baru beli pun hilang sekali .. adess .. kat sini teman share kan sikit gambar2 kereta dan Gitar Zimi sebelum kecurian berlaku .. 




Inilah Gitar dan Kereta milik Bro Zimi Sofazr .. Sampai laa ni tidak ketemui lagi .. dan dikejutkan dengan gambar terbaru dari Zimi sendiri di FBnya baru2 ni .. Iaitu pada 8 November .. Nah kau .. Kereta barunya .. Alhamdulillah dengan rezeki yang dikumpulkan selama ini melalui show2 SOFAZR digunakan untuk membeli kereta baru .. Teman share gak kereta baru bro kiter ni k .. Maaflah dia tak tunjuk full lak .. dia tunjuk muka dia yang bulat tu jer .. Opsss .. Maaf Zimi 



P/s : Tahniah untuk Pencalonan Semifinal melalui lagu Maaf Dari Hati .. Sama2 kita saksikan persembahan dari Kumpulan Sofazr yang dulunya popular dengan lagu Janjiku, Hingga Hujung Pernafasan Langitku dan yang terbaru adalah Dan Bila Esok (penampilan Istimewa Shiha AF3 Prelude & Mentor 5) .. hambik kau .. Kak Shiha sekali 2 dia bolot .. Jangan lupa saksikan Muzik-Muzik Separuh Akhir pada 18 November 2011 pada pukul 9 malam di TV3 .. 

Friday, November 4, 2011

JPA >> Pinjam vs Biasiswa

Alhamdulillah rezeki adik aku .. Macam2 peluang dan rezeki yang Tuhan limpahkan dan turunkan kepada adik aku yg no 2 ni .. Nama diberi Nur Izyan .. Petang tadi selepas Jumaat dia dikejutkan dengan panggilan dari Pihak JPA .. Pihak JPA memberitahunya bahawa dia layak menerima Biasiswa .. Bermakna dia tidak perlu meneruskan Pinjaman PTPTN .. Naik sem ni after Raya Haji, dia just perlu batalkan sahaja penyambungan semula PTPTNnya itu .. Dengar kata Biasiswanya adalah RM4500 .. tu diaa .. kalah PTPTN .. Hambik ko .. emm .. Bermula dari dia Tingkatan 3 sampai lah nii .. mcm2 Allah dah berikan pada dia .. Atas usahanya juga .. Alhamdulillah .. tak putus rezeki adik aku sorang nih .. Aku jer yg rasa2 baru merasai nikmatnya pada Majlis Konvokesyen ke 7 Kolej Komuniti Perak .. Rasanya itulah yg aku puas habis .. utk Sem 1 aku di UTHM masih tidak boleh dibanggakan lagi .. kerana keputusan pointer aku masih diparas yg agak baik juga .. Antara 2.5 ke atas dan 3.0 ke bawah .. haa .. pikir2lah yer .. InsyaAllah aku akan cuba usahakan tuk next sem .. Tapi adik aku kata bg yg short sem mcm aku nih, mcm mana nk apply JPA sbb sekurang2nya mulai sem 1 lah dah kena score 3.5 ke atas .. sbb JPA kire setahun utk 2 sem .. Naik sem 3 br JPA luluskan permohonan biasiswa kita .. Persoalan : Sem 2 boleh ke aku score smpi 3.5 dan ke atas .. emm .. ntahlah .. tak beranilah .. kalau aku dpt pun pertghn sem 3 br pihak JPA call aku .. time2 tuh nk dekat dah pi praktikal .. emm .. so just better aku no give up .. just give the best for me & my family .. 

* Utk kwan2 aku di UTHM Johor Diploma Batch 11/12, korang usaha lagi tau .. InsyaAllah yg mana apply PTPTN tu korang akan merasai Biasiswa .. Apa2 hal pun konvokesyen aku tuk Diploma punya mungkin tak sama dengan korang ataupun lambat .. sbb kitaorg akan habis awal dari korang .. kitaorg hnya 3 sem shj .. then praktikal .. so, jarak antara sem tu adalh 2 sem gak .. mungkin konvokesyen kiter tak sama .. Wallhualam .. Good Luck tuk korang semua k .. 

Wednesday, October 26, 2011

Air Yang diCincang Takkan Putus ~ BFForever ~

Saat ini aku sudah pun berda di tempat lain .. Berjauhan dari mereka .. Tapi hanyalah seketika kerana apa yang pasti aku dan mereka pasti akan berjumpa satu hari nanti semula .. Aku dan mereka BEST FRIEND FOREVER >> Tiada yang mampu pecah belahkan aku dengan mereka .. Walaupun perkenalan dalam masa yang singkat .. Tapi macam2 yang berlaku .. macam2 kenangan manis antara aku dan mereka .. Tiada satupun terselit yang pahit .. Penuh dengan ketawa dan kegembiraan kami bertiga .. Itulah mereka Muhammad Faiz dan Mustanir .. Kawan2 ku dari Kolej Poly-Tech Mara Ipoh .. Walaupun aku dah pun berhenti dari tempat tersebut pada bulan 2 thn ini, tp sampai sekarang aku masih berhubung dengan mereka berdua lagi .. Masih contact dlm fb dan message di handset .. Itulah persahabatan yang terjalin antara aku dgn mereka .. Nak masuk semester 2 pun masih tak sempat utk berjumpa .. Nasib baik ada FB .. Inilah tempat aku berbual dgn mereka .. walaupun bukan selalu dan tidak dapat berjumpa atas sbb tiada masa .. yg ni lak dari KPTM Ipoh .. Kalau dari Kolej Komuniti Pasir Salak pun ada wakil 2 org .. Sampai laa ni masih berhubung kat FB dan last jumpa masa raya tahun ni gak .. Alhamdulillah .. Safwan Rahman dan Taufik Nordin .. Dua2 dari KKPS .. tapi nasib masih menyebelahi aku untuk berjumpa dengan Safwan Rahman di UTHM Johor .. Walaupun dalam masa yg singkat kerana last semester .. Janji aku dgn Safwan masih berhubung .. Aku pun sempat gak ambil seberapa ilmu dari dia .. Kebetulan aku dgn Safwan satu course yg sama .. memang senanglah .. Taufik lak sekarang kat Politeknik Ungku Omar Ipoh .. Still course yang sama iaitu Diploma IT .. Bezanya aku, Safwan dan Taufik adalah tahun kami .. Last aku jumpa si Taufik ini adalah pada Cuti Raya Aidilfitri tahun nih .. Nasib baik dpt jumpa gak .. Senang kata, orang mana yg okay, tk der masalah dgn aku,  still akan contact dgn aku .. Inilah kawan2 aku dari stp tmpt aku belajar .. Thanks for giving the moment .. UTHM .. Aku masih mencari2 lagi .. Kalau kawan belajar mmg ada sorang dua org .. Itupun org Perak gak .. hahaha .. 


P/s : Kalau nak tahu kat UTHM ni banyak gak org yg aku kenal .. Abang sedara aku yg br habis praktikal, Sepupu aku yg jd pembantu MHS time batch aku (Atiqah Aima), Adik aku sendiri, Jiran rumah aku yg juga lect Civil Engenering .. Fuh .. kumpul org nampak .. hahahah .. 

Saturday, August 27, 2011

Gerai Air Parit Raja Johor


Jum pakat ramai-ramai pi gerai Jebon Isma Haziq .. Macam-macam air buah ada .. Beruntung yg mana dah pi .. dan terus jadi pelanggan tetap .. gerai air ni dibuka dari MHS dulu sampai lah ni .. Yang pasti lepas raya ni pun ada lagi .. Apa lagi, jum kita ghamai2 pi terjah gerai Jebon a.k.a Isma Haziq .. Durian Belanda, Jus Epal, Fresh Oren, Air Mata Kucing, macam2lah .. 

*Pesan aku pi nanty jgn lupa mintak Jebon straw taw .. hahaha* 
p/s: yg ni ori punya aku edit .. nk upload kat fb size dia besar sgt .. 
so terpaksalah buat 2 version .. 

Raya .. Raya .. Raya ..

Tinggal beberapa lagi hari nk menyambut syawal .. Macam2 persiapan dilakukan .. Baju raya aku dah setle awal2 ramadhan dulu .. tahun ni aku tak beli baju melayu baru .. sbb dah 2 thn berturut-turut tukar .. Tahun ni aku just shoping baju dan seluar jejalan jer .. Alhamdulillah tahun ni aku shoping raya dgn mudah .. bukan lagi seperti thn lepas .. Tahun lepas last mini aku shoping sbb aku kemalangan .. kaki sebelah kanan patah (bhgn bwh sekali tulang) .. thn lepas aku pi shoping bersama tongkat .. perlahan2 aku berjalan menggunakan tongkat .. tapi nasi baik time tu dah kurang sikit sakit .. Nak try seluar pun susah .. Ada tukang sale tu siap tanya aku mau kerusi ke .. aku pun kata tk perlu .. sbb aku masih lagi mampu menggunakan bahagian tubuh lain tuk menukar seluar .. time tu agak payah aku nk shoping habis .. uhuhu .. aku pantang dipelawa bapak aku tuk beli barang .. kalau yg cantik tu aku akan beli .. tp kna tgk harga dulu .. Alhamdulillah tahun ni aku beraya sakan gak .. bila kat rumah lak .. aku tlg mak aku bt kuih raya .. mak aku kat dapur aku kat bhgn meja mkn .. time tu aku tk leh nk duduk bwh .. dan sepatutnya aku kena makan berpantang termasuklah tak boleh minum ais .. tp bila difikirkan aku sehari suntuk tak minum apa .. mak aku pun bagi minum .. tp nah kau .. rasakan bila malam .. sejuk naik smpi ke kepala .. ngilunya tk tau lah nk cakap mcm mana .. tulah sebahagian kenangan lampau aku yg tetiba bt aku teringat sepanjang bln puasa ni .. cuti raya aku penuh dgn tugasan penting dari UTHM .. Test, Kuiz, Assigmnent dan Program U .. so, agak kureng penghayatan raya thn ni .. apa2 pun aku akan manfaatkan cuti aku ni seelok-eloknya .. ni antara gmbar2 sepanjang aku kmlgn thn lepas .. 

Tragedi 8 Jun 2010 





Friday, August 19, 2011

Karnival Intergriti Sahsiah Siswa (KISS)

Untuk pertama kalinya aku join aktiviti yang agak besar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor .. Nama program itu adalah Karnival Intergriti Sahsiah Siswa (KISS) .. Ini semua gara-gara aku rapat dengan geng2 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) .. Aku pantang dapat geng baru .. Senang kata aku cepat ramah dan masuk dengan semua .. Bukan setakat budak kelas aku, boleh dikatakan mana-mana budak yang aku tarik untuk join program ini semua aku layan sama adil .. Tapi, sesetengah dari budak kelas aku tidak berapa nampak ngam atau suka dengan aku .. Yelah, masing2 dah mula perli aku tentang Program KISS .. Aku asyik busy dengan KISS .. Pada hal diorg tak tahu tujuan aku ke sana ke sini .. Aku ke sana ke sini bukan untuk Program KISS sahaja .. Aku ada hal atau objektif aku yang lain .. Tak perlulah aku mentionkan apa hal tersebut .. Mungkin dah ada yang tahu .. baiklah kita balik semula pada tujuan asala Program KISS .. Antaranya:
1. Membentuk Mahasiswa yang berintegriti dan intelektual.
2. Kearah mengurangkan masalah gejala sosial di kalangan mahasiswa.
3.Mengeratkan lagi perpaduan antara masyarakat kampus UTHM.
4.Melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani
Antara Program yang berlaku sepanjang Karnival Intergriti Sahsiah Siswa (KISS) adalah :
21-29/9 = Pameran (Program 1)
24/9 = Perasmian KISS (Program 2 - Aku Terima Nikahnya - Imam Muda Azhar) 
25/9 = Professional Ladiez (Program 3 - Heliza Helmi) 
30/9 = Ceramah Islam Fobia (Program 4)
1/10 = Konsert Simfoni Kasih (Heliza Helmi, Akhil Hayy) 
Jum kita ramai-ramai meriahkan Program Karnival Intergriti Sahsiah Siswa (KISS) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor .. 



*Pesan from Unit Promosi - Buatlah kerja secara iklhas .. Bukan keran pulangan atau kejar sesuatu .. Kerana kita adalah antara insan-insan yang terpilih untuk menjalankan sambil mencapai sasaran utama program iaitu ke arah Islamik .. Sama-sama kita berdoa semoga program ini berjaya sepanjang 2 minggu tanpa gangguan dari anasir-anasir yang tidak patut .. InsyaAllah ..

Thursday, August 4, 2011

Malaysia Singapore ~ Peminat Bola Singapore mudah "Melatah"

Sebenarnya dah lama punya entry ni .. adalah seminguu yg lepas punya .. tp ni nk cterkn berdasarkan pemerhatian dari semua sudut termasulah FB dan Blog2 yang menceritakan ttg Demam Bola kelayakan Piala  Dunia 2014 .. Aku ni dak lah pandai sgt bab2 bola ni .. tp bermula dengan Game Singapore lwn Malaysia di Singapore 2 minggu lepas .. Ketika itu, gol yang dikumpulkan ialah Singapore(5)-Malaysia(3) .. 

Keputusan kat Singapore :
(Jaringan gol) Malaysia 3 (Mohd Safee Sali 1′, 71′; Amirul Hadi Yahya 70′); Singapura 5 (Aleksandar Duric 7′, 82′; Qiu Li 22′; Mustafic Fahrudin 44′; Jia Yi Shi 45′+1)

Untuk perlawanan di Malaysia pula : 
Malaysia(1) Singapore(1) = Agregat 6 - 4 

Bermakna Malaysia kalah .. Tapi Malaysia kalah bermaruah .. Manakala Singapore Menang Kotor .. Ada2 jer kerenah diorg time perlawanan kat Malaysia .. Kejap tu lah .. Kejap ni lah .. ko dah menang kat negara ko, ko dtg Malaysia, ko bt rilex lak yer .. Menang Kotor .. Malam tu gak lah aku perhatikan Peminat Pemain Bola Sepak Singapore dah "Melatah" apabila dikatakan main tipu oleh Pemain Malaysia .. Semua dok keluar kata2 kesat jer .. semua pakat nk backup pemain Singapore jer .. Penuh dok cter pasai Singapore main tipu jer .. Aku tanya org lain pun sama gak pendapat dema .. Semua gara2 nak ambil perhatian .. Fuhh .. Pengadil pun "Buta" lak time tuu .. ~Apapun tak bole~ .. Dari situ aku buat kajian, kalau dah betul main tipu, tetap main tipu .. sbb kalau menang bermaruah, org lain tk kan pertikaikan .. apa daa .. Tambah dosa kome jer mlm tuu .. Pemain Singapore duk seronok2, kome duk keluar kata2 kesatt .. aduyaihh .. 
SOKONG HARIMAU MALAYA .. 
~ Grr .. Ngaumm ~ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...