Saturday, April 30, 2011

Hari yg Istimewa

Jumaat - 29 April - Hari ys sgt menggembirakan aku .. walaupun pada mulanya aku tak dapat menerima keadaan .. tapi Alhamdulillah .. Aku bersyukur dgn pemberian dariNya .. Tepat jam pukul 2.15 petang aku dan bapak aku gerak ke Ipoh iaitu Pejabat Peguam KK Lee .. tepat jam pukul 3.20 aku pun ada ada di hadapan Syarikat Peguam aku .. sebelum tu, bapak aku pergi mengurusan hal lain .. sampai jer trus aku turun berjumpa dgn pembantu peguam aku .. Abg Syam .. Dia bawak aku dan bapak aku pi keluarkan bayaran RM1200 tuk byaran peguam .. dan selebihnya hak milik aku .. walaupun tak banyak .. kau tidak kisah sbb itu membuktikan kaki aku tak cacat .. hanya tempang sikit jer .. hmm tak per lah .. rezeki ada dimana2 jer kn .. Tuhan dan tetapkan rezeki kita banyak mana .. Aku terima dengan redha jer .. Sekarang aku hanya perlu tunggu insurans aku dari KPTM Ipoh .. Sonyap jer org Ipoh .. apa cer .. (tak logik doe .. lama bebenor) .. kesesokkan harinya pula pada sebelah petang .. aku menggunakan wang sebanyak RM250 tuk beberapa agenda aku .. First, bayar duit cermin mata adik aku (RM80) second, buat cermin mata tuk aku(RM100 - pendahaluan), belanja family aku mkn MCD (RM46) .. yg selebihnya mak aku ada guna sikit .. Malamnya kami semua dok berkumpul depan TV .. mkn MCD sambil tgk Konsert AF9 .. Wahh .. hati berdebar2 nak tgk performance Hazama .. Alhamdulillah .. Hazama buat yg terbaik malam tu .. tak sia2 fansnya menyokong dan vote .. Keep it Up Bro ..  


Hazama AF9 

Hazama & Meet Uncle Hussein 



Cara Afundi 


Monday, April 25, 2011

Wahai Insurans

Aku sdah sehat dari kemalangan .. dan sepanjang aku kemalangan org insurans dok tak hbis2 call aku atau bapak aku .. bnyk kali gak lah .. last sekali aku dpt call dari pembantu peguam (abg Sham) bln 2 dulu .. petang tadi, tepat jam pukul 5.30 petang abg sham call bapak aku .. dia kata dlm mggu ni aku dah bleh dpt hak aku .. wah seronoknya .. tp kna bukak account dulu .. dulu aku ada acc maybank (tuk kerja KFC) .. sekarang aku dah ttup acc tu .. aku just gna ASB shj .. tp disebaban insurans soh bkakn acc baru .. aku terpsa juga buka .. InsyaAllah esok aku akan pi bukak acc baru .. dan belah petangnya pula aku akan pi pejabat peguam aku tuk amik ceknya .. hari rabu aku akan uruskan pertukaran cek ke duit tuk accaunt baru aku .. plg tdak akan dpt bhgn aku hr jumaat aku .. Wah .. seronoknya .. walaupun tak bnyk tp aku syukur ada rezeki lagi .. First bnda yg aku nk bt dgn duit ni .. aku akan beli Kamera DSLR aku .. then dari lebih tu sikit aku akan smpn bhgn tuk beli broadband tuk kegunaan aku pada masa akan dtg .. selebihnya utk tampung aku sambung belajar kat pilihan aku (UPU & Politeknik) .. Doakan aku berjaya dlm bidang dan apa jua pekerjaan yg aku lakukan .. Terima kasih yg sentiasa ambil berat ttg aku .. tak lupa juga yg pernah menjatuhkan aku .. aku percaya Allah sentiasa dibelah pihak yg benar .. 

P/S : aku masih tertunggu Insurans Aku kat KPTM Ipoh .. tk der panggilang langsung .. semuanya mengarut belaka haih .. org yg dah semester 3 pun tk dpt insurans lagi .. mmg mengarut semuanya .. alasan lebih .. 

Berita baru - SOFAZR

Baru2 ni Sofazr telah habis shooting Filem Jiwa Kacau .. Sekarang mereka dalam proses dubing dan editing tuk filem tersebut .. Masing sibuk dgn bahagian sendiri .. Dalam pada itu juga .. Zimi Sofazr telah kehilangan gitar barunya dan kereta miliknya sendiri .. Berita agak mengejutkan aku juga .. dan tak lama lagi mungkin selepas raya Sofazr akan menjalani shooting filem kedua mereka .. dengar kata dalam genre seram .. perghh .. mmg tak sabar aku nk tgk filem diorg ni .. uhuhu .. aku juga aku ada mencuba menghantar hasil sinopsi dan skrip aku pada Nusanbakti Corporation SDN BHD .. yang dijaga sepenuhnya oleh Syah Sofazr .. so, sekarang aku masih menunggu panggilan dari mereka .. Jika tidak ada respon aku tetapkan teruskan bidang yg baru aku ceburi ini .. dan dalam persiapan tuk buat skrip kedua .. Sinopsisnya dah ada .. kali ini aku akan cuba hantar pada produksi lain .. mana tahu ada rezeki .. InsyaAllah .. bagi abg Rodie Sofazr pula sibuk dgn Sabah Indie Band .. Projek terbaru tuk org Sabah dan KKMP  (Kota Kinabalu Music Production) .. Aku pegang kata2 Abg Qazem Nor .. jangan pernah putus asa .. jangan cepat kalah .. teruskan .. Abg Qazem Nor bnyk beri aku semangat .. Begitu juga Kak Ween (Isteri Abg Fairuz Sofazr) .. terima kasih banyak .. So, tunggu jer lah filem pertama Sofazr .. Sofazr The Movie Jiwa Kacau .. dalam penghujung tahun ini atau awal tahun 2012 .. Sama2 kita sokong kumpulan Sofazr dan industri seni .. 


Sunday, April 10, 2011

Telah pun malabuhkan tirai - Trilogi Cinta

Drama yg menjadi fenomena baru di RTM 1 baru sahaja melabuhkan tirainya .. Tepat jam pukul 11.00 malam tadi .. Dibarisi pelakon-pelakon yg hebat dan mantap .. dan diterajui oleh krew2 yang hebat juga .. Dari garapan 3 novel dijadikan dalam bentuk visual .. Akhirnya membuat satu fenomena bagi penerbitan drama dislot RTM 1 dengan menjadi drama yg terbaik dan mendapat sambutan sebanyak 4 juta dari penonton .. Malam ini juga dipaparkan saat bersama pelakon Drama Trilogi Cinta sejam sebelum episod akhir dalam Slot Sehati Sejiwa yang diacarakan juga oleh pelakon drama tersebut iaitu Amyza Aznan .. Rosyam Nor, Fauziah Gous dan Nor Fazurina menjadi tetamu .. dalam pada itu juga anak yg menjadi kepada Geenah (Fauziah Gous) hadir .. Kalau nak tahu baby tu adalah anak saudara Nor Fauzurina sendiri .. Dalam episod terakhir ini menceritakan tentang keadaan sebenar yang dihadapi oleh Razif (Rosyam Nor) bersama isterinya kesayangannya, Geenah .. Dalam episod ini juga diberitahu keaadaan Shahrul (Reza Hasbi) mengidap penyakit HIV Positif .. Dan segala sudah terjawab .. anak siapakah yang dikandung oleh Seha .. Seha dan Badrul hidup bahagia .. begitu juga Razif dan Geenah .. dalam pertemuan sejam dalam slot sehati sejiwa juga diberitahu oleh Rosyam Nor, garapan 3 novel ini akan disambung dalam bentuk novel oleh Sharifah Abu Salem .. Dan Rosyam sendiri yang bertindak sebagai pelakon dan penerbit akan sambung semula drama Trilogi Cinta ini untuk musim kedua .. Dia siap pesan kalau nak tahu apa yg akan berlaku seterusnya jangan lupa nantikan di kaca tv anda semua .. dan dapatkan Naskhah baru Sharifah Abu Salem sambungan dari 3 novel tersebut .. Itulah kejutan yang diberitahu oleh Rosyam Nor dan dari pihak RTM sendiri akan menayangkan semula drama bersiri ini dalam bentuk maraton .. Bagi peminat Reza Hasbi pula bolehlah tengok kemunculannya di TV3 bermula esok petang untuk slot lestary di TV3 jam 4.30 petang .. 





Saturday, April 2, 2011

Akademi Fantasia 9 Kembali ..

Inilah yang sebenarnya yg dinanti2 nantikan oleh semua rakyat malaysia yg menggemari hiburan seperti ini .. yg muda yg tua .. kanak2 pun turut tgk .. sbb ini adalah hiburan kekeluargaan .. merapa dan menambah lagi kenalan kita .. Hari ini mula dengan konsert Tirai AF .. yang memperkenalkan Pengacara terkenal Malaysia .. Aznil Hj Nawawi .. Disamping itu mengimbas kemabli detik2 AF1 - AF8 .. Macam2 kenangan yang dapat diberikan semula .. Konsert Tirai AF kali ini juga menampilkan semula juara2 terdahulu seperti Hafiz AF7, Stacy AF6, Shahir AF8, Zahid AF2, dan Mawi AF3. Masing2 tampil dengan lagu2 ketika mereka di final .. Debaran semakin terasa .. Permulaan yg cukup baik .. Pak Nil selaku pengarcara memperkenalkan barisan pelajar AF9 bersama trademark mereka masing2 .. Persembahan dimulakan oleh pelajar lelaki .. iaitu Azri .. Azri, Selangor, 24 tahun .. Kalau korang nak tahu dia ni adalah penyanyi kumpulan breakfast band .. dan juga pernah masuk pertandingan nyayian realiti terbitan siaran lain .. iaitu My Starz LG musim ke 2 .. Afif juga datang dari program yg sama tp musim 1 punya .. Afif ini juga adalah pak we kepada Salima AF4 .. uhuhu .. Kay pula adalah adik kepada Diddy Hirdy AF4 ..





Azri AF9 bersama Breakfast Band 

Jadi siapakah pelajar favourite anda .. Kalau aku , Azri, Afif, Kay, Lena dan Miza .. Korang apa lak .. hmm .. undi atas bakat bkn atas rupa atau tambahan personaliti k .. 

Thursday, March 31, 2011

Genap setahun pemergiannya ..

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri (43) telah pergi meninggalkan kita semua pada 2 April 2010 pukul 12.30 malam .. Genap setahun pemergiannya .. Radio Era sebagai temapt beliau mencari rezeki utk keluarganya adalah peneman setianya .. Pemergiannya ditangisi oleh rakan sepejabatnya iaitu Haji Aznil Haji Nawawi @ Pak Nil .. Hari sabtu ini genaplaj setahun pemergiannya .. sehubungan itu, radio Era telah pun membuat satu Majlis Tahlil dan bacaan yassin di Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Taman Ehsan Kepong, Kuala Lumpur .. Majlis dibuat sejurus selepas Solat Maghrib .. Kepada sesiapa yang tidak dapat hadir mari kita sedekahkan Al-Fatihah utk Allahyarham Din Beramboi .. Amin .. 






Tuesday, March 15, 2011

Shooting Filem “Jiwa Kacau”

Sofazr bakal keluar dengan satu lagi produk iaitu filem. Filem ini adalah filem lakonan pertama mereka berenam. Sebelum ini hanya Amir sahaja yg aktif berlakon. Paling baru pun tahun lepas drama Dakwah Muharam ketika sambutan Awal Muharram. File mini bertajuk Jiwa Kacau yang akan menceritak sendiri kehidupan mereka sebelum jadi artis sehinggalah mereka ceburi bidang nyanyian sebagai sumber rezeki mereka sendiri. Bagi peminat-peminat Sofazr inilah berita yang terbaru tentang mereka. Dan mereka akan memulakan pengembaran file mini pada 19 Mac 2011. Skrip filem ini adalah hasil Tauke Raja lawak 1 dan terbitan Nusanbakti Corporation Sdn Bhd. Kita sama-sama nantikan file mini dikeluarkan di pawagam. Sokong Perfileman kita dan Kumpulan Sofazr. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...