Wednesday, September 22, 2010

Light Up RAMADHAN

Puasa vs Nafsu 

Ramadhan menjenguk lagi dan sedari awal kedatangannya memang dinanti .. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal .. Namun, nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah .. Mengapa ? Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita .. tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan ? Adalah rantai2 yang membelit kaki2 syaitan itu terlalu panjang hingga dapat menggoda kita ? Pastinya tidak ! kerana sebagaimana sabda Rasulullah(s.a.w) : 


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : 
"Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu2 rahmat dan tertutuplah pintu2 neraka serta terbelengulah syaitan2(daripada merasuk mangsanya) " 

Maka jawapanyan adalah kerana nafsu telah lama bertepak di hati dan bermaharajalela .. Semoga dengan keberkatan Ramdhan ini kiata akan dapat menggilap kembali hati yang pudar dan melumpuhkan nafsu2 hitam yang bertahta di hati kita selama ini .. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu yang selama ini dikongkong oleh syaitan .. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata tetapi puas adalah berlapar disamping mendidik nafsu dan peribadi manusia .. Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba2Nya .. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya berpuasa hinggakan tidur diwaktu siang juga diberikan pahala .. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita .. Oleh itu, marilah bersama-sama kita menilai diri kita .. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaanya .. Insya Allah .. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiaya diri sendiri .. 



*Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Nur Ikhwan Sekeluarga buat semua kenalan dan saudara mara* 





No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda dengan tidak mengeluarkan kata2 yg negatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...