Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tapi juga pemimpin yang berwibawa, maka Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasam dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini mendapat landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam. Calon-calon imam muda ini akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman dan khusus tugas-tugas seorang imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan. Meskipun hampir semua mereka berpotensi menjadi seorang Imam Muda, hanya seorang yang bakal dinobatkan sebagai Juara Imam Muda. Ikuti program kerohanian terbaru, Imam Muda hanya di Astro Oasis saluran 106.
Kalender
Imam Muda - Kapsul (Isnin-Khamis) - 6.55 petang dan ulangan 11.00 malam, bermula 26 Mei 2010 - Program 5 minit yang memaparkan kelas-kelas yang diaturkan dan aktiviti harian yang dilalui oleh calon Imam Muda merangkumi pelbagai aspek kehidupan.
Imam Muda - Setiap Jumaat - 9 Malam - bermula 28 Mei 2010 - Rancangan penentuan prestasi semua calon Imam Muda selepas mereka melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.
Kemuncak Imam Muda - Siaran Langsung 30 Julai 2010 - Jumaat, 9.00 malam - Malam penentuan Imam Muda Terunggul Pertama.
Imam Muda Jejak - Jumaat, 6 Ogos 2010 dan ulangan Sabtu, 7 Ogos 2010 - Program yang akan mendekati Juara Imam Muda. Kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat latar belakang kehidupan Juara Imam Muda Pertama kelahiran Astro Oasis.
Maraton Ulangan Imam Muda - setiap Sabtu, 2.00 petang bermula 29 Mei 2010 - Tayangan ulangan semua program Imam Muda sepanjang minggu.
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda dengan tidak mengeluarkan kata2 yg negatif