Alor Setar - Menteri Besar, Datuk Azizan Abdul Razak semalam berang dengan laporan media arus perdana yang dikatakan memberi laporan berat sebelah mengenai bencana banjir selain mendakwa beliau tidak turun padang membantu . Beliau berkata media arus perdana menuduh kerajaan negeri tidak menjalankan tanggungjawab kepada mangsa banjir. "Siapa kata saya tidak turun padang dan tidak melawat pusat pemindahan banjir? Hari pertama di Padang Terap, saya redah air banjir hampir setiap malam. Saya jumpa mangsa banjir setiap hari dan pulang lewat malam," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco disini semalam. Dalam sidang media itu, Azizan juga enggan melayan soalan wartawan mengenai situasi banjir dan menyuruh wartawan bertanya kepada Kerajaan Pusat. "Saya tak mau komen mengenai banjir. Kalau nak tahu tanya Kerajaan Pusat dan Majlis Keselamatn Negara (MKN). Saya tidak mahu campur,"katanya. Difahamkan, Azizan berang dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendakwa kerajaan negeri lewat dan tidak cekap ketika memberi bantuan kepada mangsa banjir.
<Harian Metro - Khamis, 11 November 2010, M/S16>
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda dengan tidak mengeluarkan kata2 yg negatif