Kuala Lumpur - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menolak persepsi yang mendakwa seluruh kampus universiti akan porak peranda jika gologan mahasiswa dibenarkan berpolitik. Beliau menyifatkan persepsi itu sebagai satu mitos semata-mata dan tidak berasas sama sekali. “Ramai benar mahasiswa yang saya lihat aktif berpolitik dalam kampus, mereka lulus dengan cemerlang dalam akademik mereka. Malah ada yang mendapat pekerjaan yang baik selepas keluar dari universiti,” katanya.
(Sumber Harian Metro – Sabtu, 5 November 2011)
Putrajaya – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada mahu merayu atau tidak keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan peruntukkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Perselutuan. “Saya sudah beri taklimat kepada Kabinet, (akan diambil) selepas saya bincang dengan Peguam Negara,”katanya dalam SMS kepada media.
(Sumber Harian Metro – Sabtu,5 November 2011)
UiTM Kekal tak benar berpolitik
Shah Alam – Universiti Teknologi Mara (UiTM) ttidak akan terikut-ikut dengan rentak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seandainya undang-undang membenarkan penuntut berpolitik walaupun masih dalam kampus. Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pelajar UiTM terikat dengan Akta 174 yang melarang mereka aktif dalam politik arus perdana sepanjang mengikuti pengajian. “Berpolitik ketika menuntut di universiti hanya merosakkan negara dan bercanggah dengan matlamat mempelajari kemahiran secara akademik. “Jika kita biarkan pelajar berpolitik, kita akan mendidik bangsa Melayu untuk berpecah sesama mereka di peringkat institusi pendidikan lagi,”katanya. Sahol Hamid berkata, UiTM adalah tempat mengutip ilmu dan kemahiran hidup jadi sebaiknya apabila sudah tamat belajar serta masuk ke alam pekerjaan di masa itu berpolitiklah semahunya. “Di UiTM, perpaduan sesama pelajar amat kuat kerana mereka tidak mempunyai agenda politik dan hanya fokus kepada akademik dan kokurikulum, jika mereka berpolitik perpaduan ini akan hancur. “Walaupun berpolitik dikampus dihalalkan dari segi perundangan, UiTM tetap tidak akan benarkan kerana perpecahan orang Melayu hanya menguntungkan pihak istimewa orang Melayu yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
(Sumber Harian Metro – Sabtu, 12 November 2011)
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda dengan tidak mengeluarkan kata2 yg negatif