Wednesday, October 20, 2010

bler giliran aku nk mati ??









100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.


3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.


4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.


5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah



Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.







Apa itu KIFARAH ?

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10). Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu. Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.

Friday, October 15, 2010

Tribute To My Solo Artis - Ahmad Shahir Zawawi

Part time job - In the House - Anytime

















~ Semoga berjaya tuk kejayaan yang dikecapi sekarang ~ 

Monday, October 11, 2010

Imam Muda 2010

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tapi juga pemimpin yang berwibawa, maka Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasam dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini mendapat landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam. Calon-calon imam muda ini akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman dan khusus tugas-tugas seorang imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan. Meskipun hampir semua mereka berpotensi menjadi seorang Imam Muda, hanya seorang yang bakal dinobatkan sebagai Juara Imam Muda. Ikuti program kerohanian terbaru, Imam Muda hanya di Astro Oasis saluran 106.

Kalender

Imam Muda - Kapsul (Isnin-Khamis) - 6.55 petang dan ulangan 11.00 malam, bermula 26 Mei 2010 - Program 5 minit yang memaparkan kelas-kelas yang diaturkan dan aktiviti harian yang dilalui oleh calon Imam Muda merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Imam Muda - Setiap Jumaat - 9 Malam - bermula 28 Mei 2010 - Rancangan penentuan prestasi semua calon Imam Muda selepas mereka melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.

Kemuncak Imam Muda - Siaran Langsung 30 Julai 2010 - Jumaat, 9.00 malam - Malam penentuan Imam Muda Terunggul Pertama.

Imam Muda Jejak - Jumaat, 6 Ogos 2010 dan ulangan Sabtu, 7 Ogos 2010 - Program yang akan mendekati Juara Imam Muda. Kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat latar belakang kehidupan Juara Imam Muda Pertama kelahiran Astro Oasis.

Maraton Ulangan Imam Muda - setiap Sabtu, 2.00 petang bermula 29 Mei 2010 - Tayangan ulangan semua program Imam Muda sepanjang minggu.

Friday, October 8, 2010

4 bulan sudah berlalu

Assalamualaikum semua dan salam 1 Malaysia .. Hari ni cukup 4 bulan kaki aku terlantar sendirian .. atas sebab kemalangan .. macam2 terjadi sepanjang 4 bulan ni .. Ini antaranya : 

* Urut di Batu Kurau Taiping (3x) 
* Urut di Ijok Selongor (6x) 
* Ulang alik ke hosp (7x) 
* Ulang alik ke KPTM Ipoh (4x) 
* Kwn2 dari Ipoh - Zero(0) 
* Kwn2 dari KKPS - banyak gak (contact/sms/dtg rumah) 
* Kwn2 Seri Kampar - pun sama bnyk gak (cntct/sms/dtg rumah) - ada yg tau lmbt itupun kwn 
  smpikan .. 

Keadaan kaki lak : (Alhamdulillah) 

dulu - nk angkat pun takot - still goyang n berbunyi - adik aku pun takot angkat mlm2 .. nk u'uk lagi susah - dlm bilik air jer coz jamban bkn jenis duduk - so u'uk atas kerusi khas je ..mak dan bapak yang basuh najis tu - time tu tk larat lagi - ada yg sanggup ke - PENGORBANAN .. nk mandi pun duduk atas kerusi tu .. nk ke mana kena gtau - kena hati2 - risau terjatuh or tergelincir - nk keluar rumah pun kna letak kerusi coz tinggi - tk leh naik guna tongkat .. 



sekarang - kaki dh angkat sendiri - ada perubahan - dah msuk ke posisi yg btul - tp ada longkang ditgh2 - doktor pesan slalu berjalan - tuk tekan tulang aku .. surat dari peguam pun dah sampai - baru semalam (7 hb) - rasanya nk setlekn kat luar - cepat - tak terlalu bnyk prosiding - dh mual ngan prosedur - ikut prosedur tp lembab - ISO lah konon - tmpt aku dulu ISO gak -  tp sistem cepat, pantas dan mesra pelanggan -  buat keja biar cepat dan ikhlas - kalau tak mkn gaji buta jer - sia2 jer keja tau .. uhuhuhu .. 1 November pi jumpa peguam - 24 November 2010 - last pi hospital - perancangan nk pi Ipoh lepak mcd - jumpa keluarga di Kg Gajah .. jumpa kwn2 di KKPS .. REUNION .. 



Pada yang sudi datang rumah aku, yang bz tp sempat call aku n sentiasa sms aku tuk ketahui keadaan aku, yg jauh sanggup amik cuti - yang tgh kerja pun amik mc - TQSM ... pensyarah2 KKPS yang still smpi sekarang sms aku tnyer mcm mana keadaan aku .. cikgu2 seri kampar pun .. last pada jiran2,pakcik2,makcik yg mngenali aku - Terima kasih bnyk dtg rumah - doakan tuk aku - sedekah pada aku - Hanya tuhan jer dapat balas budi pakcik makcik .. if ada apa2 lagi aku akan sampaikan - Minta maaf if ada buat salah silap yer .. TQ .. 



Thursday, October 7, 2010

Puasa 6 vs Demam panas

5 hb 10 aku demam panas scra mengejut .. kerana aku langsung tk der buat kerja apa sgt .. yelah teperap jer dlm rumah .. just kemas rumah je lah .. sblm subuh lagi badan aku dh panas .. segera aku tarik selimut ke badan aku .. aku terasa sejuk sgt krn bdan aku terlalu panas .. apabila pukul 5, mak aku gerak tuk bersahur .. time tu aku cakap pada mak aku yang aku demam panas .. aku tak larat langsung nak bangun .. bila nk bangun rasa nak  jatuh dan terhuyung hayang .. dan bibir atas aku bengkak teruk .. jadi aku terbaring jer lepas tu .. langsung aku tak berpuasa hari tu .. hmm nak dijadikan cerita dalam pukul 8 lebih tu aku bersiap pi klinik .. badan aku time tu sungguh panas dan lemah .. aku hanya mampu bercakap perlahan .. aku dah tak terdaya waktu tu .. dalam fikiran aku hanya aku dapat demam denggi kowt .. mnerlah tahu .. tapa badan2 aku tk merah2 just bengkak2 jer .. then terus pi kelinik .. kat kelinik lak aku terpksa tunngu dekat setengah jam .. doktor blum smpai lagi .. lau aku ajak bapak aku pi duk dlm kreta .. aku nk baring .. terlalu lemah aku .. rasa mcm nk pengsan pun ada .. dalam pukul 9.15 baru aku jumpa doktor .. doktor kata demam aku teruk gak .. suhu badan aku panas .. lepas jer jumpa doktor .. amik ubat kat depan .. terlalu banyak ubat aku kna mkn .. adess .. hmm .. nak tk nk kna lah mkn gak tuk sehat cepat .. dan puasa syawal aku tertinggal lagi satu hari lagi .. bila nak buat erk .. 

Wednesday, September 29, 2010

Kakiku kaku 4 bulan

Alhamdulillah .. pagi tadi pi cek tulang lagi sekali (lpas sebulan cti) .. tulang dah pun masuk pada posisi yang btul .. cuma rengang jer .. best gilerz bila tgk laporan xray td .. tk sia2 pengorbanan aku dan keluarga aku yang bnyk bersabar dan berdoa .. Thanks .. aku sayang keluarga aku .. pada jiran2 yang rajin dtg ke rumah aku(siap sedekah lagi) .. terima kasih bnyk2 .. hanya tuhan jer yang dpt balas budi pakcik dan makcik .. cakap soal kaki aku dulu k .. 7 kali berulang alik ke hospital Ipoh .. (24 hb 11 ni dtg blik tuk kali ke 8 - kali terakhir) .. juga 7 kali berulang alik ke KPTM Ipoh .. penat .. beratus abis duit kat aku jer .. (duit mnyak keta, mkn minum dan bayr duit hosp) .. nasib baik bulan 11 ni last pi cek .. pi cek tulang pun dkat 2 bulan (8 kali) .. fisioterapi lak ulang alik 6 kali .. nasib baik dekat kampar jer buat ..  tp lepas ni kna buat sendiri fisioterapi .. sbb dh dicaj .. InsyaAllah .. kaki dh bleh bnyk gerak .. bngkak dah tk der .. tdo pun dh mcm biasa jer .. cuma nk mandi or buang air besar yg susah lagi .. td doktor cakap .. kna tggu 3-4 bln lagi br tulang tu kukuh btul .. tp .. haa ada tapi tau .. lepas ni tk leh nk buat keja berat .. kalau tak patah balik .. coz tulang aku patah bhgn yg ptg .. dan mudah patah .. yelah kalau jatuh sikit patah balik .. so .. lepas ni kena hati2 lagi .. tk leh nk tolak2 aku dah lepan ni (if naik tangga) .. kena ingat pesan doktor .. kalau patah balik kena masuk besi or skru .. aku tak mo lah bnda2 tu ada dlm tubuh aku .. cukuplah kakak sedara aku (terasa keperitannya) .. dan baru ni anak cikgu kwn mak aku .. kwn mak aku ni cikgu aku gak dulu waktu sekolah rendah .. anak dia yang sulung tu plak retak tulang buku lali .. perempuan .. jatuh time nk turun tangga .. baru sabtu lepas jer .. sian aku tgk .. lepas2 satu2 .. apa2 hal nasib baik my bro(shahir zawawi) tk der apa2 time dia kmlangan dulu .. alhamdulillah .. jadi lepas ni kna tggu perjumpaan yang terakhir 24 hb november 2010 .. 















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...