Tuesday, November 2, 2010

Go0d News

hmm .. hari ni bertarikh 2 November 2010 .. aku dikejutkan dgn panggilan dari Sarjan Mohan .. bkn detektif conan k .. uhuhu .. hmm nk dijadikan cerita .. Sarjan ni adalah Polis Kampar .. yang uruskan kes aku dulu .. bkn kes kemalangan ni .. tp kes kecurian handset aku dulu .. Sony Ericsson K800i .. hmm .. dia kata pencuri tu dh kna tangkap tp dah pun diikat jamin oleh bapaknya sendiri .. biasalah .. bapaknya pun mmg kerja bhgn menyaman ni .. bapak kejar polis .. tp anakjadi pencuri .. bagus tul lah .. silap hari bln anak sndri tido lokap .. kebetulan bapaknya ni mmg dah tau perangai HANTU dia ni .. suka mencuri .. duit mak dia sendiri pun dia curi inikan org luar .. hmm .. lpas tu .. sarjan tu kata kalao ada apa2 dia akan gtau lagi .. ptg td aku try call dia blik .. coz aku cdg nk mntk ganti rugi .. dulu aku beli handset tu mahal gak .. dkat RM800 lebih gak ler  .. aku ble yg ori .. bkn yg biasa .. (tgk pd cap bateri dia) .. pas tu beli memori kad lagi .. kire2 ada dekat RM900 gak ler .. aku rasa handset tu yg pertama aku pakai paling mahal takat ni .. jadi aku ngan bapak aku akan pi jmp dia dan sekeluarga tuk bncg .. mgkin dlm masa terdekat ni .. if tk der apa2 mslh .. aku akan gna duit tu tuk beli handset baru dan external HDD (budget 320gb ke atas) .. tgk dulu mcm mner .. sbb aku sndri ada bukti video dan saksi kuat .. (time praktikal dan kbtulan tmpt praktikal aku tu ada CCTV) .. Thanks tu Pusat Komputer Pertama .. jadi .. if aku ada apa2 info aku akan update lagi kat cni k .. sekarang pun aku tgh setlekn kes kemalangan aku ni .. Harap2 dpt setimpal .. 

Thursday, October 28, 2010

Study + Work = PENGORBANAN

Hari ni bertanggal 28 Oktober 2010 aku lagi skali dikejutkan dgn penghantaran surat dari SPA .. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam .. kire ni kali kedua .. time kali pertama time aku truk terlantar kat rumah dulu .. time kmalangan .. aku still smpn lagi surat tawaran temuduga tu lagi .. Tawaran yang pertama tu sbg ahli fotografi .. yuppzz .. bkn senang yob nk dpt twrn dari kerajaan tuk bidang fotografi ni .. hmm .. tuk kali kedua ni plak aku dpt tawaran temuduga sbg Juruteknik Komputer Gred FT17 - Pelbagai jabatan .. mungkin dia akan tgk pengkhususan yg ada dlm diri aku ni .. temuduga tu akan diadakan pada 8 November 2010 di Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak .. if , temuduga ni berjaya aku pun tk tau nk ckap apa .. sbb kptusan akan kluar 27 Disember 2010 .. mungkin time tu dah msuk daftar kat Ipoh kowt .. so, apa2 decision aku pun tunggu jelah .. tapi bagi aku sekarang yang ptg jaga keluarga .. sbb dah 4 bln setengah dema jaga aku .. berkorban tuk aku .. perabis duit kat aku jer .. mak aku terpaksa kluar duit tuk beli kalsium dan susu tulang tuk aku .. bkn nya murah .. mahal gak .. kuantitinya dah lah tk bnyk tp nk kna mkn slalu .. ikut jadual .. sebulan tuk sekali .. if 4 bln dh brapa bnyk duit abis kat aku jer .. bapak aku tk kjer dah .. bisnes cabai kat bidor .. ada gak laku .. jual kat market pagi2 .. untung pun tk seberapa .. tuk adik bradik aku pun blum tntu cukup lagi .. lagi2 adik aku sorang ada balajar kat UTHM Johor .. perlukan perbelanjaan yang besar .. jadi aku sbg anak sulung dan sorang jer laki .. nak atau tk nak terpaksa berkorban tuk keluarga aku dan adik beradik aku .. biarlah aku cari sedikit rezeki diluar nun tuk mereka2 ni .. jgn pandang hina pada org sprt aku .. dah tiba masa aku jalankn tanggungjawab aku .. aku teringat kata2 bapak aku dlm kreta .. time nk blik kampar dari kolej .. bapak aku kata bapak dah tak mampu .. kalau dulu yer lah .. kalau tak bapak dah soh kamu berenti blajar kat Ipoh dan sambung tmpat lain .. lantaklah jauh ker .. janji bapak dah tak pening dan giler mcm ni .. tgk krn Ipoh jer bapak aku dah naik giler .. nasib baik bapak aku tk pi serang jer .. jgn dibuat hal .. hmm baiklah .. semuanya tunggu jer kptsn dari SPA .. if lulus aku akan berenti Ipoh .. lagipun kat rumah ni dah lintang pukang dah .. hancur .. aku kat rumah ni .. mak dan bapak aku tak bgi buat kerja sgt .. tulang tu tak kuat sgt dan senang patah semula .. apa2 hal pun aku akan update kat FB or Blog ni jer .. 

Wednesday, October 20, 2010

bler giliran aku nk mati ??









100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.


3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.


4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.


5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah



Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.







Apa itu KIFARAH ?

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10). Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu. Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud : Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.

Friday, October 15, 2010

Tribute To My Solo Artis - Ahmad Shahir Zawawi

Part time job - In the House - Anytime

















~ Semoga berjaya tuk kejayaan yang dikecapi sekarang ~ 

Monday, October 11, 2010

Imam Muda 2010

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tapi juga pemimpin yang berwibawa, maka Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasam dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini mendapat landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam. Calon-calon imam muda ini akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman dan khusus tugas-tugas seorang imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan. Meskipun hampir semua mereka berpotensi menjadi seorang Imam Muda, hanya seorang yang bakal dinobatkan sebagai Juara Imam Muda. Ikuti program kerohanian terbaru, Imam Muda hanya di Astro Oasis saluran 106.

Kalender

Imam Muda - Kapsul (Isnin-Khamis) - 6.55 petang dan ulangan 11.00 malam, bermula 26 Mei 2010 - Program 5 minit yang memaparkan kelas-kelas yang diaturkan dan aktiviti harian yang dilalui oleh calon Imam Muda merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Imam Muda - Setiap Jumaat - 9 Malam - bermula 28 Mei 2010 - Rancangan penentuan prestasi semua calon Imam Muda selepas mereka melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.

Kemuncak Imam Muda - Siaran Langsung 30 Julai 2010 - Jumaat, 9.00 malam - Malam penentuan Imam Muda Terunggul Pertama.

Imam Muda Jejak - Jumaat, 6 Ogos 2010 dan ulangan Sabtu, 7 Ogos 2010 - Program yang akan mendekati Juara Imam Muda. Kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat latar belakang kehidupan Juara Imam Muda Pertama kelahiran Astro Oasis.

Maraton Ulangan Imam Muda - setiap Sabtu, 2.00 petang bermula 29 Mei 2010 - Tayangan ulangan semua program Imam Muda sepanjang minggu.

Friday, October 8, 2010

4 bulan sudah berlalu

Assalamualaikum semua dan salam 1 Malaysia .. Hari ni cukup 4 bulan kaki aku terlantar sendirian .. atas sebab kemalangan .. macam2 terjadi sepanjang 4 bulan ni .. Ini antaranya : 

* Urut di Batu Kurau Taiping (3x) 
* Urut di Ijok Selongor (6x) 
* Ulang alik ke hosp (7x) 
* Ulang alik ke KPTM Ipoh (4x) 
* Kwn2 dari Ipoh - Zero(0) 
* Kwn2 dari KKPS - banyak gak (contact/sms/dtg rumah) 
* Kwn2 Seri Kampar - pun sama bnyk gak (cntct/sms/dtg rumah) - ada yg tau lmbt itupun kwn 
  smpikan .. 

Keadaan kaki lak : (Alhamdulillah) 

dulu - nk angkat pun takot - still goyang n berbunyi - adik aku pun takot angkat mlm2 .. nk u'uk lagi susah - dlm bilik air jer coz jamban bkn jenis duduk - so u'uk atas kerusi khas je ..mak dan bapak yang basuh najis tu - time tu tk larat lagi - ada yg sanggup ke - PENGORBANAN .. nk mandi pun duduk atas kerusi tu .. nk ke mana kena gtau - kena hati2 - risau terjatuh or tergelincir - nk keluar rumah pun kna letak kerusi coz tinggi - tk leh naik guna tongkat .. 



sekarang - kaki dh angkat sendiri - ada perubahan - dah msuk ke posisi yg btul - tp ada longkang ditgh2 - doktor pesan slalu berjalan - tuk tekan tulang aku .. surat dari peguam pun dah sampai - baru semalam (7 hb) - rasanya nk setlekn kat luar - cepat - tak terlalu bnyk prosiding - dh mual ngan prosedur - ikut prosedur tp lembab - ISO lah konon - tmpt aku dulu ISO gak -  tp sistem cepat, pantas dan mesra pelanggan -  buat keja biar cepat dan ikhlas - kalau tak mkn gaji buta jer - sia2 jer keja tau .. uhuhuhu .. 1 November pi jumpa peguam - 24 November 2010 - last pi hospital - perancangan nk pi Ipoh lepak mcd - jumpa keluarga di Kg Gajah .. jumpa kwn2 di KKPS .. REUNION .. 



Pada yang sudi datang rumah aku, yang bz tp sempat call aku n sentiasa sms aku tuk ketahui keadaan aku, yg jauh sanggup amik cuti - yang tgh kerja pun amik mc - TQSM ... pensyarah2 KKPS yang still smpi sekarang sms aku tnyer mcm mana keadaan aku .. cikgu2 seri kampar pun .. last pada jiran2,pakcik2,makcik yg mngenali aku - Terima kasih bnyk dtg rumah - doakan tuk aku - sedekah pada aku - Hanya tuhan jer dapat balas budi pakcik makcik .. if ada apa2 lagi aku akan sampaikan - Minta maaf if ada buat salah silap yer .. TQ .. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...