Friday, June 24, 2011

Akademi Fantasia 9 - Hey Hazama

Seperti musim2 sebelum ini, Juara AF mempunyai sebuah rancangan selepas berakhirnya Konsert Akhir AF .. Untuk musim 5, (Mila-wazzup2), musim 6 (Stacy - Aku Stacy), Musim 8 (Shahir - Diariku Shahir) .. dan untuk musim ke9 ini adalah Hazama (Hey Hazama) .. Hey Hazama ini mungkin lain dari yang lain (pandangan aku) sbb kalau ikutkan program khas sebelum ini seperti Shahir (Diariku Shahir) yang bersiarang selama 13 episod . Kebanyakkannya menunukkan pergerakan Shahir ke sesuatu lokasi yang dimana show2 mengikut jadual AESB .. Pengambaraan untuk projek baru antara KRU pun ditunjukkan dalam Diariku Shahir termasuklah percutian Finalis Akhir AF8 ketika itu .. Berlainan pula untuk Hey Hazama, nampaknya Hazama macam tidak berapa sibuk .. Yelah dia sempat pulang ke rumah (walaupun rumahnya mmg area KL, berbanding Shahir di Kampar Perak), dan Hazama masih boleh hadir sebagai penonton untuk Siaran Pertama Mari Menari Musim ke2, emm .. Apakah sebenarnya pihak Astro sedang rancang untuk aktiviti Hazama .. begitu juga Hadiah Hazama yang diperolehnya iaitu sejumlah wang RM200 000 .. Kereta ?? menjadi pertanyaan di hati peminat setia AF .. Apakah semuanya telah dirancang dari awal demi menaikkan semula rating AF dan kebetulan musim ini adalah musim terakhir .. Jika alasan diberi, juara2 sebelum ni berlaku kemalangan, Stacy, Hafiz, Shahir .. mungkin itu tidak munasabah .. sbb itu semua ketentuan Tuhan .. Kita tidak boleh menidakkan KuasaNya .. Tentang Hey Hazama yang telah pun berlangsung 2 episod, rata2nya banyak berlaku di sekitar KL dan macam tak sesuai pula .. Yelah, apakah perlu tunjuk atau bawa Hazama ke Episod Pertama Mari Menari Musim ke2 .. dan malam ini pula Hazama dikatakan akan hadir untuk Maharajalawak Akhir Musim 1 .. Apakah jadual seni Hazama agak kurang sbb org ramai khususnya syarikat2 mahupun badan2 kerajaan tidak ada show khas untuk Hazama .. Apakah yang sedang berlaku ini ? Apakah sebenarnya Perancangan AESB untuk Kehidupan Baru Hazama ? Harap Hazama FC, Peminat Hazama dan keluarga Hazama menerima kritikan ini kerana masing2 mempunyai pendapat .. Saya cakap berdasarkan pengalaman menonoton dan melihat perjalanan Akademi Fantasi dari musim 2 sampailah musim ke9 ini .. Apapun pandangan orang tentang AF musim tersebut, aku dan keluarga tetap menjadi penonton setia .. Jangan lupa Saksikan Hey Hazama Setiap Hari Sabtu dan Ahad, pukul 10 malam Eksklusif di Astri Ria (Channel 104) .. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...