Thursday, June 9, 2011

Aishiteru - Zivilia (OST Cinta Melodi)

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

*
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
 
**
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Back to * **
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru





Video Klip Original

Bakat Sofazr Teruji

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana agaknya jika anggota Sofazr tampil sebagai pelakon di layar perak. Apatah lagi apabila jalan ceritanya mengenai kumpulan itu sendiri yang dianggotai Shah (gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass), Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua) dan Rodie (keyboards) .. Selain Aremeer atau nama sebenarnya Amir Mahiyidin yang semakin aktif dalam penggambaran drama mahupun filem, boleh dikatakan hampir semua pernah terbabit melakonkan beberapa babak dalam pembikinan klip video mereka seperti menerusi lagu Janjiku (2006) dan Kepantasanku (2008) .. Justeru tidak timbul masalah besar untuk tampil menjayakan filem pertama mereka, Sofazr The Movie... Jiwa Kacau .. Filem genre komedi arahan Zamatul Amri Zakaria atau Tauke Raja Lawak dan Ismaliza Ismail (Isma AF), terbitan Nusanbakti Corporation Sdn Bhd ini bakal mempertaruhkan kemampuan Sofazr dalam dunia lakonan filem cereka .. Ditanya mengenai perasaan anggota kumpulan itu yang melebarkan sayap dalam dunia lakonan, Zarimi Zahari atau Zimi memberitahu, dia melalui pelbagai pengalaman menarik ketika terbabit dalam penggambaran filem itu. Walaupun konsep filem berkenaan berbentuk komedi ringan, ia banyak menyelitkan pengajaran dan pendidikan kepada penonton ..  “Kami akui agak sukar berlakon filem berbanding video klip yang pernah kami hasilkan .. Sudah tentu ia pengalaman baru buat kami .. gabungan bersama barisan pelakon popular dan pelawak otai membuatkan kami tidak kering gusi... walaupun baru dalam bidang lakonan kami bersyukur kerana mendapat bantuan dan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman .. “Begitu juga tunjuk ajar daripada pengarah seperti Tauke dan Isma. Mereka banyak memberi idea dan membimbing kami dalam penghayatan watak... Sebenarnya kami agak takut menerima maklum balas daripada peminat,” katanya .. Penggambaran yang berlangsung di sekitar Ulu Yam dan Lembah Klang itu turut menampilkan barisan pelakon popular seperti AR Badul, Leez AF, Hamid Gurka, Zul 2 By 2, Jepp Sepah, Jeff Sepah, Yassin Senario, Dina, Herman Tino dan Saiful Apek. Filem ini dijangka ditayangkan di pawagam awal tahun depan .. Bercerita mengenai filem berkenaan Zimi memaklumkan ia berkisar kepada kehidupan sekumpulan pemuzik yang meniti populariti tersendiri.. Mereka ditempatkan di sebuah pusat pesakit mental akibat tersalah makan ubat. Pelbagai kisah suka dan duka diharungi kumpulan berkenaan .. Jika tiada aral mereka juga bakal terbabit dalam penggambaran filem seram, Jembalang Bangkit yang dijadualkan memulakan penggambaran hujung tahun ini .. Selain penggambaran filem, kumpulan berkenaan turut terbabit dalam pembikinan klip video seperti Maaf Dari Hati, Jiwa Kacau, Su dan Terasa Di Syurga. Selepas album Cintai Aku (2004), Janjiku (2006), Kepantasanku (2008) dan album Kompilasi, The Best of Sofaz (2009), artis pertama yang bernaung dibawa Global Records melancarkan album kelima mereka berjudul Maaf Dari Hati Mohd Atlas tahun lalu. Album yang mengandungi 10 lagu baru itu mula berada di pasaran pada Mac lalu .. Mengekalkan konsep sama iaitu ‘free pop’, Sofazr menaruh keyakinan mempunyai peminat tersendiri. Kumpulan yang popular menerusi lagu Dan Bila Esok (lagu tema untuk drama bersiri Nora Elena di TV3) merancang melebarkansayap ke Indonesia .. “Kami mahu cuba mengintai peluang menembusi pasaran muzik di Indonesia. Sebelum ini, bersama SRC kami sudah cuba melakukannya. Begitupun di bawah pengurusan sendiri kami akan meneruskan usaha untuk melebarkan sayap ke Indonesia sekali lagi,” kata Zimi yang turut menerbitkan beberapa lagu bagi artis tempatan antaranya Alif Satar menerusi lagu Pendusta ..  Kumpulan yang pernah meraih anugerah Kumpulan Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik 2007 ini menolak dakwaan mereka semakin tenggelam ekoran penguasaan band indie. Pada mereka lebih selesa bersikap ‘low profile’ demi memastikan nama kumpulan berkenaan terus bertahan dalam dunia seni .. “Persaingan dalam industri kami anggap ia petanda yang sihat. Soal tergugat tidak pernah timbul. Kami juga mendengar muzik anggota kumpulan lain. Begitu juga mereka. Pada masa sama kami juga saling berkongsi idea dan bertukar pandangan,” katanya .. Sofazr juga dijangka terbabit dalam persembahan Konsert Walls Cornetto bersama beberapa artis terkenal di Kuala Lumpur pada 11 Jun ini dan Johor Bahru (18 Jun). Untuk mengikuti perkembangan mereka, layari twitter.com/ Sofazrband. 


Persamaan : Suratan @ kebetulan

Persamaan  vs Perbezaan .. emm entry kali ni agak ssah aku nak cakap ..  mula2 dan tuk kali pertamanya berlaku kat aku bnda2 mcm ni .. aduhhh .. Nak dijadikan cerita aku ada kat UTHM Johor now .. Mulai 1 Jun 2011 smpi 9 Jun 2011 tempoh kitaorg Orientasi atau Minggu Haluan Siswa (MHS) .. emm .. mmg letih sepanjang MHS ni berjalan .. yelah kena bangun seawal 5 pagi .. pastu masuk bilik pukul 11.30 tgh malam (lebih kurang) .. mmg letih yobb oi .. dgn badan tak berapa sehat time tu .. batuk berkahak pas tu kena nyayi lak .. hushh .. mlm2 buta terbatuk2 aku .. nasib baik sekarang ni dah okay skit .. 6 Jun 2011 tu aku dan yg lain dipecahkan mengikut kumpulan masing2 .. emm aku duk dlm kump E5 (sama dgn alamat rumah aku lak - kebetulan) .. dlm kumpulan ni ada lebih kurang 30 orang .. dan dlm kumpulan tu bercampur2 org dari program masing2 .. emm dlm perjumpaan aku dgn cik siti (pensyarah kump aku) .. terserempak dgn "Klon Botak a.k.a Fadhli Hisyam" emm .. terkejut aku beb .. muka ada iras2, gelak pun sama gak, style dia cakap dan gaya pun sama dgn botak (kwn KPTM Ipoh) .. mcm mner nk citer erk .. kebetulan aku duk sebelah dia time tu .. agak terkejut gak .. tp dia dari Ampang Selangor .. yg Botak ni dari Melaka .. nak tau citer lawak tak .. hahaha .. aku boleh tanya dia ada saudara mara area Merlimau Melaka tak .. dia kata tk der .. emm .. malu aku siot time tuu .. yelah aku cakap dgn nada dan berharap dia kata yer .. pas tu time tu baru hbis solat Zuhur kat masjid .. Kump aku bnyk yg Solat kat Masjid sbb kluar awal .. kumpulan lain solat kat surau jer .. habis solat tu aku gerak dgn dia .. dlm waktu tu gak lah aku buat hal .. aku boleh lupa aku nk pi dewan belah sana tp aku bleh lak masuk lorong nk pi dorm Tun Sri Nasir (TSN) .. dan dia pggl aku wan nk pi mner tu .. aku pun cakaplah haa .. ehh silap .. dia gelak gak time tu .. sebijik mcm botak Ipoh .. Nama panggilan dia Boyak .. haa .. ni lagi satu kebetulan .. nama hampir2 sama .. adess .. apa yg sebenarnya sedang berlaku ni .. aku rindu dia ker atau dia rindu aku .. tk mungkin aku rindu dia sbb aku dah buang segala memori aku dgn dia .. aku dah tak mau ingat org yg bernama Muhammad Fadhli Hisyam bin Muhammad Amir (Botak) ni .. Nama betul Boyak (Shazreel Amir) .. emm .. ptg td time aku nk pi tempah baju bengkel IT, aku dok lepak kat cafe TSN dulu .. kire2 pukul 2.15 ptg .. kebetulan ada lak dia .. dia tegur aku .. tak mkn b0oked (nama panggilan aku kat KPTM Ipoh) .. hushh .. terkejut aku beb .. hanya org Kolej Poly-tech Mara Ipoh jer tahu nama panggilan aku as b0oked .. aduhh .. "Apakah semua ini" .. Tak mungkin dia dah brenti .. sbb boyak ni agak berisi sikit dari dia .. cuma yg bt sama dia dgn botak adalah penampilan, suara, muka dan cara .. senang kata 95% hampir sama .. yg lg 5% tu bentuk badan yg aka berisi (boyak) .. aku kebingungan sekarang ni .. Ya Allah ku Pohon petunjukmu kepadaKu .. 


 Muhammad Fadhli Hisyam bin Muhammad Amir 
KPTM Ipoh 
Kawan Rapat


Shazreel Amir 
UTHM Johor 
http://shazreelamirazmee.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated - blog dia 

Anda perhatikan elok2 yer .. Adakah ini hanya satu Kebetulan atau Suratan ataupun Ketentuan .. Aku sendiri tak mampu nak jawab .. If nk add dia silakan .. nk dgr suara dia tu agak susah sikit .. tp bila korang berkesempatan dgn suara dia mmgg sebiji mcm kat atas ni .. hushh .. Cubaan dan Dugaan .. apa2 pun aku dah pun lupakan segala memori aku kat KPTM Ipoh ..

Sunday, June 5, 2011

Akademi Fantasia 9 - Minggu 9

Konsert Akhir AF9 bakal menjelma tidak lama lagi .. Senarai calon akhir Juara AF9 telah pun diketahui .. Antaranya Hazama, Lena, Fina dan Azri .. Sebelum itu, pada minggu lepas (kensert ke8) telah pun diumumkan Fina sebagai calon Sistem Imuniti yang pertama kali diperkenalkan .. Ramai yang tidak menyangka keputusan yang dibuat oleh pihak fakulti dan astro .. mungkin ada permainan disitu .. Dan untuk konsert mingge ke9 ini, Fina tidak perlu membuat persembahan .. Wah, ini membuatkan lagi tafsiran dimana pihak astro sengaja mengambil Fina untuk sistem Imuniti .. yelah Fina baru beberapa minggu di dalam akademi, mungkin ada yang masih samar-samar dengan bakat yang dimilikinya .. Untuk minggu ke9 ini, hanya Hazama, Azri, Erul dan Lena sahaja yang membuat persembahan .. Persembahan mereka diiringi dengan iringan Aubrey Suwito .. Bermula dengan kejutan pertama iaitu dengan kehadiran Dato Siti Nurhaliza sebagai pengkritik jemputan untuk membuat persembahan ..


Pengkritik Jemputan

Malam itu juga disediakan dengan kejutan untuk Hazama dimana Hazama dikejutkan dengan kehadiran anak buahnya, Farish (Ayish) .. Ayisg berpeluang berjumpa Pak Lang yang dirinduinya .. Kejutan itu dibuat sebelum persembahan Hazama yang menjadi peserta akhir malam itu .. 


Persembahan Hazama (Pak Lang)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...