Thursday, June 9, 2011

Bakat Sofazr Teruji

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana agaknya jika anggota Sofazr tampil sebagai pelakon di layar perak. Apatah lagi apabila jalan ceritanya mengenai kumpulan itu sendiri yang dianggotai Shah (gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass), Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua) dan Rodie (keyboards) .. Selain Aremeer atau nama sebenarnya Amir Mahiyidin yang semakin aktif dalam penggambaran drama mahupun filem, boleh dikatakan hampir semua pernah terbabit melakonkan beberapa babak dalam pembikinan klip video mereka seperti menerusi lagu Janjiku (2006) dan Kepantasanku (2008) .. Justeru tidak timbul masalah besar untuk tampil menjayakan filem pertama mereka, Sofazr The Movie... Jiwa Kacau .. Filem genre komedi arahan Zamatul Amri Zakaria atau Tauke Raja Lawak dan Ismaliza Ismail (Isma AF), terbitan Nusanbakti Corporation Sdn Bhd ini bakal mempertaruhkan kemampuan Sofazr dalam dunia lakonan filem cereka .. Ditanya mengenai perasaan anggota kumpulan itu yang melebarkan sayap dalam dunia lakonan, Zarimi Zahari atau Zimi memberitahu, dia melalui pelbagai pengalaman menarik ketika terbabit dalam penggambaran filem itu. Walaupun konsep filem berkenaan berbentuk komedi ringan, ia banyak menyelitkan pengajaran dan pendidikan kepada penonton ..  “Kami akui agak sukar berlakon filem berbanding video klip yang pernah kami hasilkan .. Sudah tentu ia pengalaman baru buat kami .. gabungan bersama barisan pelakon popular dan pelawak otai membuatkan kami tidak kering gusi... walaupun baru dalam bidang lakonan kami bersyukur kerana mendapat bantuan dan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman .. “Begitu juga tunjuk ajar daripada pengarah seperti Tauke dan Isma. Mereka banyak memberi idea dan membimbing kami dalam penghayatan watak... Sebenarnya kami agak takut menerima maklum balas daripada peminat,” katanya .. Penggambaran yang berlangsung di sekitar Ulu Yam dan Lembah Klang itu turut menampilkan barisan pelakon popular seperti AR Badul, Leez AF, Hamid Gurka, Zul 2 By 2, Jepp Sepah, Jeff Sepah, Yassin Senario, Dina, Herman Tino dan Saiful Apek. Filem ini dijangka ditayangkan di pawagam awal tahun depan .. Bercerita mengenai filem berkenaan Zimi memaklumkan ia berkisar kepada kehidupan sekumpulan pemuzik yang meniti populariti tersendiri.. Mereka ditempatkan di sebuah pusat pesakit mental akibat tersalah makan ubat. Pelbagai kisah suka dan duka diharungi kumpulan berkenaan .. Jika tiada aral mereka juga bakal terbabit dalam penggambaran filem seram, Jembalang Bangkit yang dijadualkan memulakan penggambaran hujung tahun ini .. Selain penggambaran filem, kumpulan berkenaan turut terbabit dalam pembikinan klip video seperti Maaf Dari Hati, Jiwa Kacau, Su dan Terasa Di Syurga. Selepas album Cintai Aku (2004), Janjiku (2006), Kepantasanku (2008) dan album Kompilasi, The Best of Sofaz (2009), artis pertama yang bernaung dibawa Global Records melancarkan album kelima mereka berjudul Maaf Dari Hati Mohd Atlas tahun lalu. Album yang mengandungi 10 lagu baru itu mula berada di pasaran pada Mac lalu .. Mengekalkan konsep sama iaitu ‘free pop’, Sofazr menaruh keyakinan mempunyai peminat tersendiri. Kumpulan yang popular menerusi lagu Dan Bila Esok (lagu tema untuk drama bersiri Nora Elena di TV3) merancang melebarkansayap ke Indonesia .. “Kami mahu cuba mengintai peluang menembusi pasaran muzik di Indonesia. Sebelum ini, bersama SRC kami sudah cuba melakukannya. Begitupun di bawah pengurusan sendiri kami akan meneruskan usaha untuk melebarkan sayap ke Indonesia sekali lagi,” kata Zimi yang turut menerbitkan beberapa lagu bagi artis tempatan antaranya Alif Satar menerusi lagu Pendusta ..  Kumpulan yang pernah meraih anugerah Kumpulan Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik 2007 ini menolak dakwaan mereka semakin tenggelam ekoran penguasaan band indie. Pada mereka lebih selesa bersikap ‘low profile’ demi memastikan nama kumpulan berkenaan terus bertahan dalam dunia seni .. “Persaingan dalam industri kami anggap ia petanda yang sihat. Soal tergugat tidak pernah timbul. Kami juga mendengar muzik anggota kumpulan lain. Begitu juga mereka. Pada masa sama kami juga saling berkongsi idea dan bertukar pandangan,” katanya .. Sofazr juga dijangka terbabit dalam persembahan Konsert Walls Cornetto bersama beberapa artis terkenal di Kuala Lumpur pada 11 Jun ini dan Johor Bahru (18 Jun). Untuk mengikuti perkembangan mereka, layari twitter.com/ Sofazrband. 


No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda dengan tidak mengeluarkan kata2 yg negatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...