Wednesday, October 26, 2011

Air Yang diCincang Takkan Putus ~ BFForever ~

Saat ini aku sudah pun berda di tempat lain .. Berjauhan dari mereka .. Tapi hanyalah seketika kerana apa yang pasti aku dan mereka pasti akan berjumpa satu hari nanti semula .. Aku dan mereka BEST FRIEND FOREVER >> Tiada yang mampu pecah belahkan aku dengan mereka .. Walaupun perkenalan dalam masa yang singkat .. Tapi macam2 yang berlaku .. macam2 kenangan manis antara aku dan mereka .. Tiada satupun terselit yang pahit .. Penuh dengan ketawa dan kegembiraan kami bertiga .. Itulah mereka Muhammad Faiz dan Mustanir .. Kawan2 ku dari Kolej Poly-Tech Mara Ipoh .. Walaupun aku dah pun berhenti dari tempat tersebut pada bulan 2 thn ini, tp sampai sekarang aku masih berhubung dengan mereka berdua lagi .. Masih contact dlm fb dan message di handset .. Itulah persahabatan yang terjalin antara aku dgn mereka .. Nak masuk semester 2 pun masih tak sempat utk berjumpa .. Nasib baik ada FB .. Inilah tempat aku berbual dgn mereka .. walaupun bukan selalu dan tidak dapat berjumpa atas sbb tiada masa .. yg ni lak dari KPTM Ipoh .. Kalau dari Kolej Komuniti Pasir Salak pun ada wakil 2 org .. Sampai laa ni masih berhubung kat FB dan last jumpa masa raya tahun ni gak .. Alhamdulillah .. Safwan Rahman dan Taufik Nordin .. Dua2 dari KKPS .. tapi nasib masih menyebelahi aku untuk berjumpa dengan Safwan Rahman di UTHM Johor .. Walaupun dalam masa yg singkat kerana last semester .. Janji aku dgn Safwan masih berhubung .. Aku pun sempat gak ambil seberapa ilmu dari dia .. Kebetulan aku dgn Safwan satu course yg sama .. memang senanglah .. Taufik lak sekarang kat Politeknik Ungku Omar Ipoh .. Still course yang sama iaitu Diploma IT .. Bezanya aku, Safwan dan Taufik adalah tahun kami .. Last aku jumpa si Taufik ini adalah pada Cuti Raya Aidilfitri tahun nih .. Nasib baik dpt jumpa gak .. Senang kata, orang mana yg okay, tk der masalah dgn aku,  still akan contact dgn aku .. Inilah kawan2 aku dari stp tmpt aku belajar .. Thanks for giving the moment .. UTHM .. Aku masih mencari2 lagi .. Kalau kawan belajar mmg ada sorang dua org .. Itupun org Perak gak .. hahaha .. 


P/s : Kalau nak tahu kat UTHM ni banyak gak org yg aku kenal .. Abang sedara aku yg br habis praktikal, Sepupu aku yg jd pembantu MHS time batch aku (Atiqah Aima), Adik aku sendiri, Jiran rumah aku yg juga lect Civil Engenering .. Fuh .. kumpul org nampak .. hahahah .. 

Saturday, August 27, 2011

Gerai Air Parit Raja Johor


Jum pakat ramai-ramai pi gerai Jebon Isma Haziq .. Macam-macam air buah ada .. Beruntung yg mana dah pi .. dan terus jadi pelanggan tetap .. gerai air ni dibuka dari MHS dulu sampai lah ni .. Yang pasti lepas raya ni pun ada lagi .. Apa lagi, jum kita ghamai2 pi terjah gerai Jebon a.k.a Isma Haziq .. Durian Belanda, Jus Epal, Fresh Oren, Air Mata Kucing, macam2lah .. 

*Pesan aku pi nanty jgn lupa mintak Jebon straw taw .. hahaha* 
p/s: yg ni ori punya aku edit .. nk upload kat fb size dia besar sgt .. 
so terpaksalah buat 2 version .. 

Raya .. Raya .. Raya ..

Tinggal beberapa lagi hari nk menyambut syawal .. Macam2 persiapan dilakukan .. Baju raya aku dah setle awal2 ramadhan dulu .. tahun ni aku tak beli baju melayu baru .. sbb dah 2 thn berturut-turut tukar .. Tahun ni aku just shoping baju dan seluar jejalan jer .. Alhamdulillah tahun ni aku shoping raya dgn mudah .. bukan lagi seperti thn lepas .. Tahun lepas last mini aku shoping sbb aku kemalangan .. kaki sebelah kanan patah (bhgn bwh sekali tulang) .. thn lepas aku pi shoping bersama tongkat .. perlahan2 aku berjalan menggunakan tongkat .. tapi nasi baik time tu dah kurang sikit sakit .. Nak try seluar pun susah .. Ada tukang sale tu siap tanya aku mau kerusi ke .. aku pun kata tk perlu .. sbb aku masih lagi mampu menggunakan bahagian tubuh lain tuk menukar seluar .. time tu agak payah aku nk shoping habis .. uhuhu .. aku pantang dipelawa bapak aku tuk beli barang .. kalau yg cantik tu aku akan beli .. tp kna tgk harga dulu .. Alhamdulillah tahun ni aku beraya sakan gak .. bila kat rumah lak .. aku tlg mak aku bt kuih raya .. mak aku kat dapur aku kat bhgn meja mkn .. time tu aku tk leh nk duduk bwh .. dan sepatutnya aku kena makan berpantang termasuklah tak boleh minum ais .. tp bila difikirkan aku sehari suntuk tak minum apa .. mak aku pun bagi minum .. tp nah kau .. rasakan bila malam .. sejuk naik smpi ke kepala .. ngilunya tk tau lah nk cakap mcm mana .. tulah sebahagian kenangan lampau aku yg tetiba bt aku teringat sepanjang bln puasa ni .. cuti raya aku penuh dgn tugasan penting dari UTHM .. Test, Kuiz, Assigmnent dan Program U .. so, agak kureng penghayatan raya thn ni .. apa2 pun aku akan manfaatkan cuti aku ni seelok-eloknya .. ni antara gmbar2 sepanjang aku kmlgn thn lepas .. 

Tragedi 8 Jun 2010 





Friday, August 19, 2011

Karnival Intergriti Sahsiah Siswa (KISS)

Untuk pertama kalinya aku join aktiviti yang agak besar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor .. Nama program itu adalah Karnival Intergriti Sahsiah Siswa (KISS) .. Ini semua gara-gara aku rapat dengan geng2 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) .. Aku pantang dapat geng baru .. Senang kata aku cepat ramah dan masuk dengan semua .. Bukan setakat budak kelas aku, boleh dikatakan mana-mana budak yang aku tarik untuk join program ini semua aku layan sama adil .. Tapi, sesetengah dari budak kelas aku tidak berapa nampak ngam atau suka dengan aku .. Yelah, masing2 dah mula perli aku tentang Program KISS .. Aku asyik busy dengan KISS .. Pada hal diorg tak tahu tujuan aku ke sana ke sini .. Aku ke sana ke sini bukan untuk Program KISS sahaja .. Aku ada hal atau objektif aku yang lain .. Tak perlulah aku mentionkan apa hal tersebut .. Mungkin dah ada yang tahu .. baiklah kita balik semula pada tujuan asala Program KISS .. Antaranya:
1. Membentuk Mahasiswa yang berintegriti dan intelektual.
2. Kearah mengurangkan masalah gejala sosial di kalangan mahasiswa.
3.Mengeratkan lagi perpaduan antara masyarakat kampus UTHM.
4.Melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani
Antara Program yang berlaku sepanjang Karnival Intergriti Sahsiah Siswa (KISS) adalah :
21-29/9 = Pameran (Program 1)
24/9 = Perasmian KISS (Program 2 - Aku Terima Nikahnya - Imam Muda Azhar) 
25/9 = Professional Ladiez (Program 3 - Heliza Helmi) 
30/9 = Ceramah Islam Fobia (Program 4)
1/10 = Konsert Simfoni Kasih (Heliza Helmi, Akhil Hayy) 
Jum kita ramai-ramai meriahkan Program Karnival Intergriti Sahsiah Siswa (KISS) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor .. 



*Pesan from Unit Promosi - Buatlah kerja secara iklhas .. Bukan keran pulangan atau kejar sesuatu .. Kerana kita adalah antara insan-insan yang terpilih untuk menjalankan sambil mencapai sasaran utama program iaitu ke arah Islamik .. Sama-sama kita berdoa semoga program ini berjaya sepanjang 2 minggu tanpa gangguan dari anasir-anasir yang tidak patut .. InsyaAllah ..

Thursday, August 4, 2011

Malaysia Singapore ~ Peminat Bola Singapore mudah "Melatah"

Sebenarnya dah lama punya entry ni .. adalah seminguu yg lepas punya .. tp ni nk cterkn berdasarkan pemerhatian dari semua sudut termasulah FB dan Blog2 yang menceritakan ttg Demam Bola kelayakan Piala  Dunia 2014 .. Aku ni dak lah pandai sgt bab2 bola ni .. tp bermula dengan Game Singapore lwn Malaysia di Singapore 2 minggu lepas .. Ketika itu, gol yang dikumpulkan ialah Singapore(5)-Malaysia(3) .. 

Keputusan kat Singapore :
(Jaringan gol) Malaysia 3 (Mohd Safee Sali 1′, 71′; Amirul Hadi Yahya 70′); Singapura 5 (Aleksandar Duric 7′, 82′; Qiu Li 22′; Mustafic Fahrudin 44′; Jia Yi Shi 45′+1)

Untuk perlawanan di Malaysia pula : 
Malaysia(1) Singapore(1) = Agregat 6 - 4 

Bermakna Malaysia kalah .. Tapi Malaysia kalah bermaruah .. Manakala Singapore Menang Kotor .. Ada2 jer kerenah diorg time perlawanan kat Malaysia .. Kejap tu lah .. Kejap ni lah .. ko dah menang kat negara ko, ko dtg Malaysia, ko bt rilex lak yer .. Menang Kotor .. Malam tu gak lah aku perhatikan Peminat Pemain Bola Sepak Singapore dah "Melatah" apabila dikatakan main tipu oleh Pemain Malaysia .. Semua dok keluar kata2 kesat jer .. semua pakat nk backup pemain Singapore jer .. Penuh dok cter pasai Singapore main tipu jer .. Aku tanya org lain pun sama gak pendapat dema .. Semua gara2 nak ambil perhatian .. Fuhh .. Pengadil pun "Buta" lak time tuu .. ~Apapun tak bole~ .. Dari situ aku buat kajian, kalau dah betul main tipu, tetap main tipu .. sbb kalau menang bermaruah, org lain tk kan pertikaikan .. apa daa .. Tambah dosa kome jer mlm tuu .. Pemain Singapore duk seronok2, kome duk keluar kata2 kesatt .. aduyaihh .. 
SOKONG HARIMAU MALAYA .. 
~ Grr .. Ngaumm ~ 

Saturday, July 23, 2011

Tempat baru ku ~ Aku bukan lagi Pelajar Swasta ~

Assalamulaikum buat Warga Sahabat Blogger dan Followers saya .. Dah lama rasanya tak menjengah blog ni .. Almaklumlah banyak kerja2 seharian yang perlu dilakukan .. Lagi2 sejak aku berpindah negeri ni .. Wah, macam jauh jerr .. hahah .. boleh tahan jugaklah jauhnya .. Kini, Aku bukanlah lagi Pelajar Aliran Swasta .. Kini, aku bergelar Mahasiswa .. tapi sebelum tu, aku dah pun bergelar Mahasiswa di satu Kolej Komuniti Pasir Salak .. Yang membuatkan aku "hilang pangkat" mahasiswa adalah aku bt kepetusan utk smbg ke kolej swasta .. Ni ceritakan sedikit aku punya latar belakang .. Kat Kolej Komuniti dulu aku amik subjek IT .. Dari tahun 14 Julai 2007 - 14 Jun 2009 ..

Penghujung tahun tu 27 Disember aku sambung belajar Diploma Multimedia di Kolej Poly-Tech Mara Ipoh .. Tak lama aku disitu sbb satu sem tangguh gara2 kemalangan dan patah kaki .. Kau kat situ hanya setahun stg jer (trmasuk tangguh 1 sem) .. tp msuk sem blik aku brenti .. sbb tk der mood nk blajar kat situ lagi .. Aku sempat gak lah msuk kelas hampir 2 bln gak .. Ada juga ilmu yg aku dpt .. Rindu Kat Puan Haslina dan Sir Anuar .. Masing2 bnyk msg aku lagi .. Sering bertanya khabar kat aku .. sembang2 .. cter pengalaman baru .. macam2 lah .. Ini antara geng2 baru aku kat KPTM tuk sem 2 (selepas tangguh sem) ..


Faiz a.k.a Chot


Mustanir a.k.a Mus

Diorg berdua ni pun still contact aku lagi .. Hanya 2 bln jer tp perjumpaan tu berjaya buat kitaorg makin rapat .. macam2 kenangan aku dgn diorg .. bila diigat balik mmg kelakar .. hahaha .. Aku Rindu Korang Berdua ..

Tapi kali ni aku nak cter tempat abru aku .. Tempat baru aku ni luar dari Perak .. Johor .. Wahh .. Aku apply masuk U ni melalui UPU .. Aku apply awal tahun 2011 .. tak sangka lepas aku berenti dari KPTM Ipoh, elok sebulan lpas tu aku dpt tawaran dari UTHM Johor .. Aku ditawarkan Pengkhususan Subjek Diploma IT selama 2 tahun setengah .. Seminggu kemudian aku dpt tawaran dari Politeknik Premier Ungku Omar Ipoh untuk Pengkhususan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) selama tiga tahun .. Aku dalam dilema .. Aku dgn bapak aku tak persafahaman masa tu .. Bapak aku tak setuju if aku sambung kat UTHM .. sbb risau akan aku .. last2, aku bt keputusan tetap nk pi UTHM, sbb aku nk tunjukkan bahawa aku boleh dan layak masuk U .. Dan Akhirnya pada tanggal 1 Jun 2011 .. aku berjaya daftar ke UTHM Johor sebagai Mahasiswa ..



Friday, June 24, 2011

Akademi Fantasia 9 - Hey Hazama

Seperti musim2 sebelum ini, Juara AF mempunyai sebuah rancangan selepas berakhirnya Konsert Akhir AF .. Untuk musim 5, (Mila-wazzup2), musim 6 (Stacy - Aku Stacy), Musim 8 (Shahir - Diariku Shahir) .. dan untuk musim ke9 ini adalah Hazama (Hey Hazama) .. Hey Hazama ini mungkin lain dari yang lain (pandangan aku) sbb kalau ikutkan program khas sebelum ini seperti Shahir (Diariku Shahir) yang bersiarang selama 13 episod . Kebanyakkannya menunukkan pergerakan Shahir ke sesuatu lokasi yang dimana show2 mengikut jadual AESB .. Pengambaraan untuk projek baru antara KRU pun ditunjukkan dalam Diariku Shahir termasuklah percutian Finalis Akhir AF8 ketika itu .. Berlainan pula untuk Hey Hazama, nampaknya Hazama macam tidak berapa sibuk .. Yelah dia sempat pulang ke rumah (walaupun rumahnya mmg area KL, berbanding Shahir di Kampar Perak), dan Hazama masih boleh hadir sebagai penonton untuk Siaran Pertama Mari Menari Musim ke2, emm .. Apakah sebenarnya pihak Astro sedang rancang untuk aktiviti Hazama .. begitu juga Hadiah Hazama yang diperolehnya iaitu sejumlah wang RM200 000 .. Kereta ?? menjadi pertanyaan di hati peminat setia AF .. Apakah semuanya telah dirancang dari awal demi menaikkan semula rating AF dan kebetulan musim ini adalah musim terakhir .. Jika alasan diberi, juara2 sebelum ni berlaku kemalangan, Stacy, Hafiz, Shahir .. mungkin itu tidak munasabah .. sbb itu semua ketentuan Tuhan .. Kita tidak boleh menidakkan KuasaNya .. Tentang Hey Hazama yang telah pun berlangsung 2 episod, rata2nya banyak berlaku di sekitar KL dan macam tak sesuai pula .. Yelah, apakah perlu tunjuk atau bawa Hazama ke Episod Pertama Mari Menari Musim ke2 .. dan malam ini pula Hazama dikatakan akan hadir untuk Maharajalawak Akhir Musim 1 .. Apakah jadual seni Hazama agak kurang sbb org ramai khususnya syarikat2 mahupun badan2 kerajaan tidak ada show khas untuk Hazama .. Apakah yang sedang berlaku ini ? Apakah sebenarnya Perancangan AESB untuk Kehidupan Baru Hazama ? Harap Hazama FC, Peminat Hazama dan keluarga Hazama menerima kritikan ini kerana masing2 mempunyai pendapat .. Saya cakap berdasarkan pengalaman menonoton dan melihat perjalanan Akademi Fantasi dari musim 2 sampailah musim ke9 ini .. Apapun pandangan orang tentang AF musim tersebut, aku dan keluarga tetap menjadi penonton setia .. Jangan lupa Saksikan Hey Hazama Setiap Hari Sabtu dan Ahad, pukul 10 malam Eksklusif di Astri Ria (Channel 104) .. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...