Sunday, April 10, 2011

Telah pun malabuhkan tirai - Trilogi Cinta

Drama yg menjadi fenomena baru di RTM 1 baru sahaja melabuhkan tirainya .. Tepat jam pukul 11.00 malam tadi .. Dibarisi pelakon-pelakon yg hebat dan mantap .. dan diterajui oleh krew2 yang hebat juga .. Dari garapan 3 novel dijadikan dalam bentuk visual .. Akhirnya membuat satu fenomena bagi penerbitan drama dislot RTM 1 dengan menjadi drama yg terbaik dan mendapat sambutan sebanyak 4 juta dari penonton .. Malam ini juga dipaparkan saat bersama pelakon Drama Trilogi Cinta sejam sebelum episod akhir dalam Slot Sehati Sejiwa yang diacarakan juga oleh pelakon drama tersebut iaitu Amyza Aznan .. Rosyam Nor, Fauziah Gous dan Nor Fazurina menjadi tetamu .. dalam pada itu juga anak yg menjadi kepada Geenah (Fauziah Gous) hadir .. Kalau nak tahu baby tu adalah anak saudara Nor Fauzurina sendiri .. Dalam episod terakhir ini menceritakan tentang keadaan sebenar yang dihadapi oleh Razif (Rosyam Nor) bersama isterinya kesayangannya, Geenah .. Dalam episod ini juga diberitahu keaadaan Shahrul (Reza Hasbi) mengidap penyakit HIV Positif .. Dan segala sudah terjawab .. anak siapakah yang dikandung oleh Seha .. Seha dan Badrul hidup bahagia .. begitu juga Razif dan Geenah .. dalam pertemuan sejam dalam slot sehati sejiwa juga diberitahu oleh Rosyam Nor, garapan 3 novel ini akan disambung dalam bentuk novel oleh Sharifah Abu Salem .. Dan Rosyam sendiri yang bertindak sebagai pelakon dan penerbit akan sambung semula drama Trilogi Cinta ini untuk musim kedua .. Dia siap pesan kalau nak tahu apa yg akan berlaku seterusnya jangan lupa nantikan di kaca tv anda semua .. dan dapatkan Naskhah baru Sharifah Abu Salem sambungan dari 3 novel tersebut .. Itulah kejutan yang diberitahu oleh Rosyam Nor dan dari pihak RTM sendiri akan menayangkan semula drama bersiri ini dalam bentuk maraton .. Bagi peminat Reza Hasbi pula bolehlah tengok kemunculannya di TV3 bermula esok petang untuk slot lestary di TV3 jam 4.30 petang .. 





No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda dengan tidak mengeluarkan kata2 yg negatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...