Tuesday, November 15, 2011

Ella Perosak ?? Hazama Backup semula

AIM ataupun perkataan penuhnya adalah Anugerah Industri Muzik ke 18 telah pun berakhir 3 hari yang lalu .. tapi masih hangat diperkatakan di dalam akhbar mahupun media .. Diacarakan oleh datuk AC MIzal dan Naib Juara Raja Lawak iaitu Zizan Razak .. Permulaan majlis dibuka dengan Blue Karpet oleh Awal Ashaari dan Diana Danielle .. Ramai artis yang hadir pada malam itu berpakaian bertemakan biru kerana AIM telah ditaja sepenuhnya oleh Celcom .. Macam-macam fesyen dapat dilihat pada malam itu .. Masa inilah untuk artis-artis melaram habis sebab biasanya amat jarang untuk melaram .. Kalau ada show luar atau konsert, barulah mereka-mereka ini dapat melaram sakan .. Pada malam itu juga ramai artis berpeluang menjadi penyampai trofi .. Tidak lepas juga, persembahan pembukaan oleh penyanyi lagu Senyum, Najwa .. "Got to go" .. Malam AIM malam keseluruhan milik Yuna .. lagu barunya yang bertajuk Penakut membolos 3 Anugerah termasuk Anugerah Khas Wirama .. Tahniah untuk Artis angkatan baru seperti Yuna yang sedang mempromosi produk Malaysia ke peringkat antarabangsa .. Sebelum itu, malam itu muzik diiringi dengan muzik oleh Pengarah Muzik iaitu Datuk Ramli MS .. Persembahan diteruskan lagi dengan lagu-lagu lama dari 4 orang artis yang satu tika dulu amat popular .. Ezad Lazim atau Ezad Exist menyanyikan lagu Mengintai Dari Tirai Kamar diiringi Along Exist (Drummer) dibelakang tabir .. Seterusnya Rahmad Mega yang menyampaikan lagu Bayangan Guarauan .. Tepukan dan Sorakan serta nyanyian beramai-ramai di dalam Stadium Putra Bukit Jalil itu .. Sokongan diberikan oleh beberapa artis seperti Shila Amzah, Jaclynn Vivtor, Alif Satar, dan Alif Aziz .. Pada malam itu, majlis penutupan dikejutkan dengan kemunculan Hazama aka Pak Lang bersama Meet Uncle Hussein (MUH) untuk lagu Pokok .. Menampilkan Ella bersama utk lagu tersebut .. Ratu Rock Ella hanya sekadar menyemak sahaja .. Orang lama boleh lupa lirik ?? Macam mana tuh .. Dimanakah sikap profesionalisme sebenarnya .. Geng-geng Hazama Rekrut meroyan dalam group rasmi Hazama .. semua dok kecoh tentang penampilang Ella yang hanya merosakkan lagi lagu Pokok itu .. Ramai peminat yang menunggukan kemunculan Pak Lang mereka sebab kebanyakkanya sudah tahu Hazama akan membuat persembahan penutupan .. Bebeza dengan malam Anugerak Skrin ke 12 yang berlangsung kire-kire seminggu yang lepas .. Hanya lesu, tanpa sorakan dan tepukan dari artis-artis pada malam itu .. ASK diacarakan oleh Ally Iskandar dan "Ratu Cantik" Rozita Che Wan .. ramai yang agak terkejut tentang pengacaranya iaitu Rozita yang kali pertama menjadi hos untuk satu program besar .. Ada lawak yang menjadi dan ada lawak yang agak telah diaturkan .. Apa-apalah pada malam itu semuanya telah diketahui .. Tahniah kepada pemenang-pemenangnya ..



P/S : Countdown to go back UTHM Johor 3 days only ..  

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda dengan tidak mengeluarkan kata2 yg negatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...