Tuesday, November 15, 2011

Elfira Loy Bintangi Telefilem Bersama Pelakon Hot Indonesia, Randy Pangalila

Melihatkan lirikan mata Randy Pangalila, kami tidak hairan jika Elfira Loy boleh terjatuh cinta dengannya setelah belakon dalam telefilem ini. Serius ni, Randy antara pelakon lelaki dari Indonesia yang sering membintangi sinetron-sinetron hangat akan muncul bersama Elfira yang cantik manis dalam telefilem ‘Biar Mimpi Sampai Ke Bintang’. Telefilem ini diarahkan oleh Michael Ang dan akan ditayangkan di Astro Ria, cuma kami tidak pasti bila tarikhnya kerana khabarnya ia sedang dalam penggambaran. Melalui treler telefilem ini, kami dapati Elfira ada bakat yang natural sebagai seorang pelakon dan boleh pergi jauh, apatah lagi dia memiliki wajah yang cun. Terima kasih. Ini video promo dan treler bagi telefilem ini.







Video Promo Bahagian 1


Video Promo Bahagian ke 2

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda dengan tidak mengeluarkan kata2 yg negatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...