Tuesday, February 15, 2011

Mohd Atlas

video

~ Sejarah SOFAZR ~ 

First korang layan dulu video yang diedit khas oleh aku sendiri .. Kalau korang nak tahu inilah serba sedikit kehidupan dan latar belakang Kumpulan SOFAZR .. Sebenarnya ada lagi aku nk tambah .. disebabkan ruang untuk satu kotak tu kecik .. jadi aku buat yg mana ptg jer .. tuk penambahan cerita aku taip kat blog k .. aku cerita dari mula penubuhan kumpulan Sofazr ni k .. Pada mulanya, nama kumpulan ini adalah Toys .. dan dianggotai Amir, One, Fairuz, Syah, dan Zimi .. untuk album pertama diorang .. iaitu Cintaiku (1o buah lagu) .. dan dalam album tu ada lagu khas yang diberi nafas baru iaitu Andainya aku pergi dulu, kenanganku dan berjuta batu .. best gak arrangement yang diorg buat .. Dalam album pertama diorg lagu yg mnjdi single pilihan radio adalah Cintaiku, Aku Ingin Kamu dan Sinderilla .. Lepas tu muncul Album baru diorg iaitu Janjiku .. Dalam Album ini memuatkan 12 Lagu baru dan kemunculan ahli anggota baru iaitu Rodie sebagai Keyboardist .. Dalam masa ini juga mereka menggunakan nama baru iaitu SOFAZR .. Dalam album Janjiku ini menampilkan video istemewa dari Sofazr tuk lagu Janjiku yang dibuat kat Indonesia .. Khas tuk peminat Indonesia .. Dlm album ni juga lagu yang menjadi taruhan adalah Janjiku, Salahku dan Raja Kasih yang hilang .. Disebabkan populariti mereka ketika ini sgt hebat, mereka terus menyiapkan album ketiga selepas Janjiku iaitu Kepantasanku .. dalam album ni memuatkan lagu2 yg moden pop .. lagu yg menjadi taruhan adalah Bukan Disini, Kepantasanku dan Dendam Kita .. untuk album ketiga ini mereka agak tenggelam gara2 terlampau cepat bikin album .. kebetulan ketika itu, nama SOFAZ sedang hangat .. jadi mereka ambik kesempatan untuk bikin album Kepantasanku .. Selepas lama kemudia mereka muncul dengan lagu Hingga Hujung Pernafasan Langitku .. lagu tu sanagt istimewa bagi mereka kerana ia menunjukkan kematangan lagu dalam band mereka .. Kelip Video mereka juga menceritakan perngobanan persahabatan antara pegawai polis .. jum kiter layan video lagu Hingga Hujung Pernafasan Langitku ini .. 



Untuk kelip video ni, kumpulan SOFAZ bertindak sebagai Pegawai Polis .. Dan juga Abg Zulkefli Majid (Zul 2 by 2) serta lagi sorang iaitu abg Ash .. Ramai yang memberi respon tuk lagu dan kelip video ni .. untuk lagu ini dimuatkan sekali dalam Album khas mereka iaitu The Best of SOFAZ .. yang menampilkan 2 lagu baru iaitu Hingga Hujung Pernafasan Langitku dan Kamu dan Dirinya .. Selain itu, album khas ini memuatkan 12 lagu yang pernah Hot dan Popular sebelum ini .. Selepas itu, Sofazr muncul dengan single terbaru yang sampai sekarang masih diputarkan di radio lagi iaitu Dan Bila Esok .. lagu ini menampilkan penampilan Istimewa Kak Shiha AF3 (Prelude) .. duet antara Amir dan Kak Shiha kali ini untuk lagu ini amat menjadi .. Sampai ada yg meneka suara perempuan itu adalah suara Kak Isma AF7 .. hahah .. mungkin ada iras2 kowt .. lagu ini dicipta oleh One Sofazr Lirik Isma AF7 & Zimi Sofazr sendiri .. Kalau diingatkn lagu ini mula didengari dicorong radio ketika aku masih dalam proses sihat dari kemalangan .. kalau didengari setiap bait2nya .. mmg kna dgn kehidupan aku .. aku hidup pun belajr melaliu lagu2 diorg ni .. setiap lagu mempunyai tersitar dan tersurat yg tersendiri .. selepas itu, diam2 mereka membuat kejutan penghujung tahun lepas dgn drama lakonan mereka yg pertama .. iaitu Dakwah Muharram .. Menampilkan Aqasha, tarmimi Siregar, Fauziah Ghous dan Jalaluddin Hassan .. Drama ini ditayangkan pada malam awal muharram .. khas dari pengarah Erma Fatima ..  Drama itu mendapat maklum balas yg positif dari kalangan peminat setia Sofazr .. 




Seterusnya Sofazr membuat kejutan dengan Pelancaran Album Maaf Dari Hati .. Mohd Atlas .. dan Juga penghijrahan mereka ke syarikat baru iaitu Global Records yang diketuai oleh Zimi Sofazr .. Syarikat itu adalah adik beradik kepada Heliza Helmi Production dimana pelakon lawak AR Badul mempunyai share dalam syarikat ini .. Sebelum ini Sofazr berada di bawah label Suria Records selama 7 Tahun .. dan kalau tak silap aku Suria Records masih berhutang 1 album dengan SOFAZR .. dah siap dirakam .. cuma tunggu masa tuk release sahaja .. untuk album baru ini seratus peratus di bawah label baru mereka, Global Records .. Tahniah tuk kumpulan SOFAZR dan ahli anggotanya iaitu Amir (NusanBakti Corporation), Zimi (Global Records & Jesselton Band), Fairuz (Jesselton Band), One (Jesselton Band), Syah dan Rodie (KKMusic Sabah) .. Khas buat peminat SOFAZR, untuk album baru ini mereka yang juga fans Sofazr akan mendapat percuma untuk Album Maaf Dari Hati Mohd Atlas .. Sekarang, Nusanbakti dan SOFAZR sedang membuat perancang terbaru mereka iaitu lakonan untuk Filem pertama diorg iaitu Sofazr the Movie .. Jiwa Kacau .. Arahan Tauke Raja Lawak 1 .. 


aku pula bakal buat satu skrip drama khas tuk kumpulan SOFAZR sempena 7 tahun mereka di dalam industri ini .. aku tak bleh beritahu lagi apa yg bakal belaku tuk skrip ni .. sbb masih dalam proses menyiapkannya .. yang aku boleh gtau adalah mungkin ada ujibakat dan kejutan .. so, nantykan jer lah .. korang semua doa2kan lah harap aku bleh buat skrip drama Sofazr ini sempurna .. 

2 comments:

  1. wahh pandainye edit . huhu . saya suka gak grup sofazr ni . best !

    ReplyDelete
  2. owh ykerr .. saya tak lah pndai edit mana pun .. bolehlah skit2 ..

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda dengan tidak mengeluarkan kata2 yg negatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...