Thursday, November 11, 2010

Imam Muda wajar diiktiraf

Georgetown - Nama pemenang program realiti, Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan 26, turut dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam. Dalam Perbahasan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer berkata anak kelahiran Kampung Sungai Gelugor itu sewajarnya diberi Darjah Kehormatang dengan gelaran Datuk. Menurutnya Asyraf sudah membawa satu lagi kejayaan kepada negeri kelahirannya itu setaraf pemain skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David dan juara badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. "Saya minta pemberian Darjah Kehormatan ini dipertimbangkan Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak. "Malah cadangan ini menunjukkan kita sebagai kerajaan pakatan rakyat merakamkan setinggi-tinggi Tahniah kepada beliau selain membantu menegakkan syiar Islam di Pulau Pinang, katanya. 


<Harian Metro - Rabu, 10 November 2010, M/S22> 




No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda dengan tidak mengeluarkan kata2 yg negatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...