Friday, February 10, 2012

Aku Bukanlah Istimewa

        "Aku Bukanlah Istimewa" .. Tajuk yg lain dari yg lain .. Mungkin ada antara blogger2 tidak berani akan berkongsi pengalaman, cerita hidup sendiri di dalam blog mereka masing2 .. Tapi, berbeza dgn aku .. boleh dikatakan blog aku adalah sebahagian Novel Hidup Aku .. Ataupun Diari Harian .. Aku Bukanlah Insan Istimewa .. Aku Bukanlah Orang Yang Hebat .. Aku Bukanlah Power .. Tapi Mungkin Aku Insan Yang Terpilih Menjalani dan Melalui Hidup Yang Penuh Ujian Ini .. Kalau org lain baca entry ini, mungkin akan kata, alah mcm dia sorang jer yg hidup dlm dunia ni, mcm dia sorang jer yg kena ujian bertimpa2 .. Bagi aku, semua tu aku dah lali .. Benda yg sama aku dengar masa Zaman Kolej Komuniti aku lagi .. Orang tak tahu keadaan kita sebenar .. Orang boleh cakap apa sahaja ttg aku .. Aku no hal .. Kat dunia inilah kita cabar diri kita tgk sampai mana tahap Iman dan Sabar kita .. Kalau kat dunia pun tak mampu, inikan pula azab akhirat nanti .. pesanan ini juga utk aku sendiri .. Orang kata aku ni terlampau rajin, terlampau baik sangat .. (baik ke) .. Biarlah Allah sahaja yang adili nanti .. 
          Hidup ini bukan mudah, bukan saja2 kita wujud kat dunia ini .. Hidup Hidup Hidup .. Semua pasti akan mengeluh pada satu saat di rasa give-up dan penat .. Hidup tak pernah lari dari "Permainan" .. Org biasa cakap Hidup ini umpama Roda .. Adakala di atas, adakala dibawah .. Yerp, sampai sekarang aku pegang kata2 tu .. dan pepatah melayu ada mengatakan bersusah-susah Dahulu, Bersenang-senang kemudian .. Alhamdulillah, rezeki aku, Allah dah tunjuk dan tentukan .. Aku memang penyabar orangnya .. Semua aku bersabar .. Tu sebab org mudah "Lenyek" aku balik .. Pheww, "org kata jgn baik dgn org sangat .. Tapi dgn sikap aku yg sabar, baik dan ikhlas tolong org, Allah beri aku rezeki yang baik dan halal .. Saat ini, mmg aku syukur tp tidaklah ke sampai tahap Riak atau Bangga .. 
           Tuhan suka uji HambaNya .. Tuhan nak tgk sampai mana tahap HambaNya boleh tempuhi dan laluinya .. Tapi tak bermakna tuhan uji bertimpa-timpa tu tuhan tak sayang kita .. Tuhan sayang sangat kat kita .. Kalau tak tuhan bagi kita ujian .. Ujian tu lah yg sebenarnya laluan hidup kita .. Tuhan bukan nak susahkan hambaNya .. Bermacam2 dugaan aku diuji .. Subhannallah ..Dengan Dugaan Aku terus Lalui kehidupan seperti Biasa .. Alhamdulillah, selangkah demi selangkah aku jalan, aku dikurniakan dengan rezeki yg baik dariNya .. Semakin banyak perubahan dalam hidup aku .. Terutamanya Keluarga aku dan termasuklah kelengkapan keluarga aku .. Kewangan keluarga aku semakin stabil .. Mungkin Tuhan nak uji sikap kesabaran kita .. Aku pun dah boleh menarik nafas lega sekarang ni .. Perniagaan aku di sini pun semakin bagus .. Itulah org kata rezeki itu ada dimana-mana .. Aku pun tak boleh ceritakan sgt dlm ni .. sebab ada yg agak peribadi sikit .. Biarlah org tertentu sahaja yang tahu kebenarannya .. 

# Yang pastinya aku gembira sekarang sebab ada 2 org kwn baik, Epul dan Iqmal .. Dan selebihnya ada juga sbg sandaran kawan rapat .. Nizam, Fakhrul, Bob dan Taqi .. Yang baru nak rapat pun ada gak .. biasalah kehidupankan .. Apa2 pun aku sayang korang semua .. ^_^

Sunday, December 25, 2011

"Budak Kechik yang Besar"

24 Disember 2011 genap aku 22 tahun .. Kalau ikutkan aku dah masuk 23 tahun (ikut tahun) tapi aku lahir lewat sgt .. Kali ni aku nk ceritakan sedikit ttg hari kelahiran aku ni .. Org pertama yg wish birthday aku adalah Saudara Hidayatullah dari UTHM Johor .. Barangkali mungkin ada yg tidak tahu siapakah dia .. Tapi, yang pastinya hanya dia sahaja yg ada gelaran nama diberi kepada aku .. "Budak Kechik" itulah yang terpacul dimulutnya acapkali aku mengenali saudara ini .. Mungkin agak kelakar dan kadang2 kala tergelak sorang2 .. tapi bukan hanya dia sorang sahaj yg pggl aku dgn gelaran tersebut .. Pukul 12.30 tengah hari iaitu pada 23 Disember adalah waktunya .. ada lagi sorang iaitu Saudara Zulfadhli .. hahaha .. mmg lawak bila diorg pggl aku dgn gelaran tersebut .. sampailah birthday aku ni, masih panggil aku dgn gelaran "budak kechik" .. Alhamdulillah, ikatan kami bertiga masih utuh walaupun Karnival Intergriti Sahsiah Siswa (KISS) sudah pun melebarkan sayapnya .. Dari KISS juga kami rapat .. macam2 yang dapat kami bualkan dan kongsi .. Dalam diam rupanya Saudara Hidayatullah adalah bekas Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di Politeknik JB .. Kebetulan dengan aku yang memegang JPP di Kolej Komunit Pasir Salak .. Tiada alasanlah jika kami berdua bekerjasama untuk menegakkan Suara Mahasiswa UTHM Johor .. Kepercayaan demi kepercayaan yang dia beri pada aku .. Aku banyak membantu dan menyalurkan maklumat kepada dia .. Selagi aku boleh bantu dan mengurangkan bebannya, aku akan lakukan .. Inilah diriku yang sebenar .. orang kedua yang wish birthday aku ialah Mentor IGG aku sendiri Saudara Syukri yang banyak memberi nasihat dan panduan kepada aku .. Dia kata naik cuti ni dia nak belanja aku sempena hari kelahiran aku .. Dia kata memang dalam perancangan setiap Naqib2 IGG .. opss, terlupa lak nak gtau .. IGG stand for Islamik Genius Group dan bekerjasama dengan Kelab Iqra UTHM .. emm, agak2 apa yang nak diberikan oleh Abg Syuk yer .. huhuhu .. Aku pun tak paksa yang lebih2 ... sekadar dapat merasa dan ikhlas pun dah cukup bagi aku .. Kepada yang lain juga, terima kasih banyak2 yang wish birthday aku kat FB .. penuh notify .. hakikatnya aku memang terlepas dari terkena tepung mahupun telur .. huhuh .. tu yg penting .. harap2 tak der lah naik cuti nih .. okaylah, sbnrnya aku ada cerita hari kelahiran aku tuk bahagian kedua utk tajuk yang lain .. tunggu sambungan ke2 pada besok malam .. insyaAllah .. Syukran  

Monday, December 5, 2011

C I N T A ♥ ♥ ♥ C I N T A

Cinta itu sukar untuk diberikan tafsiran .. Cinta itu juga sukar diluahkan .. Cinta itu juga sukar ditunjukkan .. Cinta adalah segalanya .. Tiada Cinta maka Tiada Kasih Sayang .. cinta boleh didefinasikan sebagai satu perasaan yang ajaib .. tiada siapa yang berani buang perasaan itu .. Sebagai bukti Cinta Teragung kita kepada Tuhan .. Kalau tak kerana takut, kita tak kan lakukan ibadahNya .. Tapi, sekarang masih ada yg berani tinggal suruhanNya .. Seterusnya Cinta boleh dibuktikan melalui Kasih Sayang kita terhadap kedua Ibu Bapa .. Salah satunya, Pemberian hadiah dari keluarga khas dengan pencapaian diri kita sendiri .. Tapi, macam mana pula keadaan sekarang dimana ibu bapa memilih jalan untuk bekerja mencari duit .. Kadang2 ada sampai lupa tarikh lahir kelahiran anak sendiri .. Kita juga boleh sampaikan Cinta itu kepada adik beradik kita .. Contoh macam keadaan saya sekarang .. dalam ramai2 adik beradik saya, saya paling rapat dengan adik saya yang kecil .. Nur Izzah Husna .. Dia pun dah pandai jaga aku .. teringat lagi masa aku kemalangan dulu, dia banyak gak tolong mak aku tuk uruskan aku .. Umur baru darjah 3 dah tahu tanggungjawab jaga abang dia .. hihihi .. Alhamdulillah .. Macam mana mak dan bapa aku didik, macam itulah kuihnya nanti .. InsyaAllah .. Sejak aku masuk UTHM Johor nih, asal balik cuti sem ni, dialah paling manja sangat dengan aku .. Sekarang ni dia dah pandai taip massage kat handset mak aku, mak aku ajar .. huhuh Dia rindu kat aku kowt .. 9aku pun rindu gak kat dia) .. itulah caranya sampaikan Cinta kepada Adik Beradik .. 
Selain itu, Cinta kepada kawan2 .. bukan sebagai golongan Hemoseksual atau Lesbian .. tapi sebagai kawan rapat, juga teman juga sahabat .. Caranya sentiasa ambil berat ttg kwan2 sekeliling .. sambil tu cuba selesaikan masalah kwn2 .. contoh seperti yg aku lakukan adalah ttg masalah asrama dan Keputusan semester .. Seperti yg aku cakap selalu, aku akan sedaya upaya tolong apa yang patut .. selagi khudrat aku ni ada, selagi tu aku akan ALERT masalah kawan2 aku .. Selain itu juga, bantu kawan dlm masalah kewangan, sudah menjadi kebiasaan bagi aku .. bermula dari Kolej komuniti aku dulu, Kolej Poly-Tech Mara dan kini UTHM Johor .. Janji jangan laknat aku baliklah .. kalau aku dapat mmg aku boom teruss .. Aku tak suka orang yang ambil kesempatan atas pemberian yang selalu kita berikan .. dan lupa daratan .. itu bukan cara aku nak berkawan .. biarlah orang nak kata apa yg aku cari kawan mll duit aku (belanja mkn) .. janji aku tak susahkan korangkan .. 
Berbalik pada tajuk asal, Cinta .. Cinta apa lagi yang tidak terkata lagi kalau bukan Cinta kepada Awek .. Inilah penyakit budak2 muda sekarang .. kalau cinta tu sudah diketahui oleh keluarga tak per .. sekurangnya keluarga tahu apa yang kita buat kat luar .. kalau tak pasai2 kang kena tangkap basah .. sapa yang malu, keluarga kita jugak .. Pesan aku, biarlah Cinta kepada awek tu berlandaskan Islam .. jangan dok lepaskan maksiat merata-rata .. Ingat Allah bila nak lakukan sesuatu tuh .. Amar Makruf Nahi Mungkar .. Aku hanya sampaikan pesana dan juga peringatan tuk aku gak .. Jaga diri, Jaga maruah, jaga keperibadian, jaga keluarga .. Itulah jer sahaja caranya kita nak balas balik Cinta mereka kepada kita selama ini .. 
Akhir sekali, Cinta itu adalah luas pengertiannya .. masing2 ada pendapat .. Usaha yang terbaik untuk Lafazkan Cinta tersebut .. Segeralah Lafazkannya .. Jangan Terlambat .. Silap langkah sekali, akan merana sampai bila2 .. Kerana gaduh dengan awek kita boleh menangis .. kerana nak keluar dengan awek kita sanggup tipu mak dan bapak kita .. silap2 mak bapak kita pergi masa kita tengah dating .. Jangan sesal kemudian hari .. dulu2 mak dan bapak kita yg selalu ingatkan solat jangan lupa .. bila dia dah tiada nanty, kita pula solatkan utk dia 9kalau tahu solat jenazah, alhamdulillah).. Jadilah anak yang baik (soleh mungkin tak mampu lagi) .. Jangan jadi anak yang derhaka .. 

P/s : rasa malu dengan remaja sekarang yang bebas berdating .. teringat video couple di KLCC .. bergaduh dengan pakwe mak we, last2 bercium lak .. kawan2 hanya mampu raikan dan rakamkan video tersebut .. kita dah lah buat dosa .. ajak kawan bt dosa lagi .. Dimanakah silapnya remaja sekarang ?

Saturday, December 3, 2011

Imbau Kembali - Bahagian 1

Akhirnya bakal berlabuh .. Segalanya akan tamat hari ini .. semuanya akan berkumpul utk satu destinasi mengubah impian menjadi realiti .. Bergantung pada Iman dan kekuatan diri masing-masing .. Kepad yang kuat akan kekal, kepada yg kejar glamar, akan dpt KONTROLVERSI .. Berbalik pada niat asal utk join .. Semua nya gara2 Demam Akademi Fantasia .. dari Musim 1 sehinggalah sekarang hampir 150 lebih artis keluaran Akademi Fantasia .. Dar penglibatan musim 1 yg agak suram ketika itu sehinggalah ke musim terakhir ini, musim 9 .. Macam2 diatur oleh Astro dan Management utk menaikkan rating, undian bersama fans2 setiap bintang .. termasuklah kejutan yang menjadi dan tidak .. Setiap minggu pasti ada yg tersingkir, saat itu juga setitis air mata akan mengalir untuk peminat mereka yang menyokong dan dan mengundi mereka .. Tapi bukan bererti mereka kalah di dalam, diluar akan terus terjatuh .. Sebenarnya, itu adalh permulaan utk mereka melangkah kedunia yg penuh konflik dan manipulasi .. lagi2 wartawan .. kalau tak dpt buat liputan atau undian utk seseorg artis af tu, pasti mereka akan membalas dengan cara menyebarkan fitnah di dalam akhbar .. Pada hal itu semua tak betul .. Bermula dengan musim pertama yg memecah tradisi iaitu Juara adalah non-Muslim (Vincet Chong) Juara Musim ke2 (Zahid Baharudin), Ke3 (Mawi), ke4(Faizal) dan utk pertama kalinya juga permaisuri dari AF5 menjuarai utk musim ke5 (Mila) .. Musim ke 6 juga dijuarai oleh Wanita Sabah yg pertama (Stacy), Ke7 (Hafiz), ke8 (Shahir dan ke9 (Hazama) .. Antara kejutan yang menjadi, terbaik sehingga kini diingati adalah persembahan dari Juara Musim ke2, Zahid yang berasal dari Perak .. Macam2 diaturkan oleh pihak astro untuknya termasuklah Suapan Cekodok oleh Misha Omar, dan Kehadiran Misha Omar di rumahnya .. Itulah saat palong diingati .. Manakala persembahan Terbaik Zahid yang paling diingati adalah Cek Mek Molek dengan kejutan dari Datuk M Daud Kilau ..


selain itu juga kejutan utk Farah dengan kehadiran Johny (kamera kesayangan di dalam Akademinya) serta kehadiran Artis kegemarannya iaitu Rosyam Noor .. Itu adalah sebahagian Kenangan utk musim ke2 .. Jum kita saksikan sedikit persembahan dari Farah dan kawan2nya dari AF2 ..






p/s : Akan bersambung dibahagian ke 2 .. Nantikan serba sedikit cerita lama dan kali pertama aku turun padang utk Akademi Fantasia .. Yeah !!

Sunday, November 27, 2011

Hebatnya Dia ~ Muhammad Faiz @ Cot ~

Dia ? Mana datang ? Anak  Siapa ? Hebatkah Dia sampai masuk entry blog aku nih ? Kalau nk tanya persoalan sampai esok tak kan habis .. Dialah kawan karib aku di Kolej Poly-Tech Mara Ipoh .. Walaupun aku hanya mengenalinya selama 2 bulan setengah .. kalau ikutkan aku akan bersama dia lama .. Tetapi aku tidak sempat berkawan dengan dia atas sebab2 tertentu .. tapi ada hikmahnya .. Iaitu kami semakin rapat .. sentiasa berhubung dlm FB .. Selepas aku berhenti dari KPTM Ipoh utk jurusan Diploma Multimedia .. aku dapat tawaran dari UTHM Johor .. kebetulan adik aku ada, abang sedara aku ada, dan sepupu aku pun ada gak .. Alhamdulillah, senang keluarga aku nk bercuti .. tapi kat Johor ni mana ada apa pun .. ngadap benda yg sama jer .. Berbalik kpd cerita ttg kwn karib aku nih .. Sampa sekrang nih aku semseter 2 tak brkesempatan nak jumpa dia lagi lepas berhenti dari KPTM Ipoh .. Dia ni Hebat .. Bagi aku dia antara yg best gak sbb dia ni jenis style dan lawak orgnya .. Kebetulan org Perak gak (Sungkai) .. Aku kata Hebat sbb ni nih Fotografer yag kreatif dan gambar2 dia pun style .. Nanti aku sahre beberapa gambar2 dia dari FB .. 










~ Lagi gambar2 menarik boleh tgk kat FB dia Punklima Faiz ~ 

P/s : Sejauh mana kita, aku tetap tak kan lupa ko dan Mus .. Kita still Friend Forever .. Satu hari nanty pasti akan jumpa semula .. Kita merancang, Allah yg tentukannya .. InsyaAllah .. 

Tuesday, November 15, 2011

Elfira Loy Bintangi Telefilem Bersama Pelakon Hot Indonesia, Randy Pangalila

Melihatkan lirikan mata Randy Pangalila, kami tidak hairan jika Elfira Loy boleh terjatuh cinta dengannya setelah belakon dalam telefilem ini. Serius ni, Randy antara pelakon lelaki dari Indonesia yang sering membintangi sinetron-sinetron hangat akan muncul bersama Elfira yang cantik manis dalam telefilem ‘Biar Mimpi Sampai Ke Bintang’. Telefilem ini diarahkan oleh Michael Ang dan akan ditayangkan di Astro Ria, cuma kami tidak pasti bila tarikhnya kerana khabarnya ia sedang dalam penggambaran. Melalui treler telefilem ini, kami dapati Elfira ada bakat yang natural sebagai seorang pelakon dan boleh pergi jauh, apatah lagi dia memiliki wajah yang cun. Terima kasih. Ini video promo dan treler bagi telefilem ini.







Video Promo Bahagian 1


Video Promo Bahagian ke 2

Politik Luar vs Politik Kampus : Baik atau sebaliknya ? Anda tentukan!!

Kuala Lumpur - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menolak persepsi yang mendakwa seluruh kampus universiti akan porak peranda jika gologan mahasiswa dibenarkan berpolitik. Beliau menyifatkan persepsi itu sebagai satu mitos semata-mata dan tidak berasas sama sekali. “Ramai benar mahasiswa yang saya lihat aktif berpolitik dalam kampus, mereka lulus dengan cemerlang dalam akademik mereka. Malah ada yang mendapat pekerjaan yang baik selepas keluar dari universiti,” katanya.
(Sumber Harian Metro – Sabtu, 5 November 2011)

Putrajaya – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada mahu merayu atau tidak keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan peruntukkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Perselutuan. “Saya sudah beri taklimat kepada Kabinet, (akan diambil) selepas saya bincang dengan Peguam Negara,”katanya dalam SMS kepada media. 
(Sumber Harian Metro – Sabtu,5 November 2011) 

UiTM Kekal tak benar berpolitik

Shah Alam – Universiti Teknologi Mara (UiTM) ttidak akan terikut-ikut dengan rentak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seandainya undang-undang membenarkan penuntut berpolitik walaupun masih dalam kampus. Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pelajar UiTM terikat dengan Akta 174 yang melarang mereka aktif dalam politik arus perdana sepanjang mengikuti pengajian. “Berpolitik ketika menuntut di universiti hanya merosakkan negara dan bercanggah dengan matlamat mempelajari kemahiran secara akademik. “Jika kita biarkan pelajar berpolitik, kita akan mendidik bangsa Melayu untuk berpecah sesama mereka di peringkat institusi pendidikan lagi,”katanya. Sahol Hamid berkata, UiTM adalah tempat mengutip ilmu dan kemahiran hidup jadi sebaiknya apabila sudah tamat belajar serta masuk ke alam pekerjaan di masa itu berpolitiklah semahunya. “Di UiTM, perpaduan sesama pelajar amat kuat kerana mereka tidak mempunyai agenda politik dan hanya fokus kepada akademik dan kokurikulum, jika mereka berpolitik perpaduan ini akan hancur. “Walaupun berpolitik dikampus dihalalkan dari segi perundangan, UiTM tetap tidak akan benarkan kerana perpecahan orang Melayu hanya menguntungkan pihak istimewa orang Melayu yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya. 
(Sumber Harian Metro – Sabtu, 12 November 2011) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...